Perodua Optimis Capai Sasaran Jualan 205,000 Unit Tahun Ini Disokong Model Axia

KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) optimis mencapai sasaran jualan sebanyak 205,000 unit kenderaan pada akhir tahun ini di sebalik situasi mencabar dalam industri automotif sekarang.Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh memberitahu angka jualan semasa menyokong unjuran itu di mana dalam tempoh sembilan bulan tahun ini syarikat telah merekodkan kenaikan dalam jualan berbanding tahun lepas.

Menurut Aminar Rashid, dari bulan Januari hingga September syarikat tersebut berjaya menjual 157,527 unit kenderaan yang merupakan  peningkatan 12 peratus berbanding 140,317 unit dalam tempoh sama tahun lalu.

Prestasi memberangsangkan itu katanya disokong oleh model nombor satunya, Axia.

Perodua

Datuk Aminar Rashid semasa sesi perjumpaan dengan wakil Media Malaysia di Osaka. - Gambar Astro AWANI

Axia kini ialah model terlaris Perodua, mengambil alih dari Myvi yang telah mendominasi  posisi itu selama sembilan tahun. Katanya lagi untuk tahun ini sahaja jualan Axia dijangka melepasi 105,000 unit

"Model Axia merupakan penyumbang utama kepada keseluruhan jualan syarikat dengan angka jualan dari Januari hingga September lalu ialah sebanyak 76,107 unit," katanya.

Aminar Rashid berkata demikian semasa perjumpaan dengan wakil media Malaysia selepas lawatan ke kilang Daihatsu di Osaka, baru-baru ini.

Beliau namun mengakui jualan model Alza dan Myvi berkurang pada tahun ini.

Ini apabila dalam tempoh Januari hingga September lalu, hanya sebanyak 52,560 unit Myvi berjaya dijual satu penurunan daripada 65,245 unit pada tempoh sama tahun lalu.

Jualan Alza juga dedahnya berkurang daripada 43,014 unit tahun lalu kepada hanya 28 , 841 unit tahun ini.

Secara amnya, jualan volum industri (TIV) di Malaysia juga mengalami penurunan berbanding sebelumnya.

Sehubungan itu, Aminar Rashid mendedahkan berdasarkan situasi ekonomi semasa, fokus utama syarikat pengeluar kereta kedua negara itu ialah mengurangkan stok berlebihan dan pada masa sama memastikan tahap kecekapan yang lebih tinggi.

Beliau turut  memaklumkan syarikat telah mula mengurangkan perbelanjaan modal dan sedang mengambil langkah meningkatkan produktiviti. Kaedah itu katanya ialah sesuatu yang Perodua pelajari dari Daihatsu iaitu rakan kongsi strategiknya memandangkan ia telah mempunyai pengalaman lebih 100 tahun dalam industri permotoran.

Dalam tempoh itu, Daihatsu berjaya mengharungi pelabagai cabaran dan situasi yang datang.

Sudah-sudahlah ‘Seksa’ Kereta Sendiri

Nilai kereta mungkin mencecah RM40,000 hingga RM200,000, bergantung kepada jenis kereta yang anda beli. Bayaran ansurannya boleh mencecah 9 tahun. Jika dikira dengan betul, anda sebenarnya membayar terlalu banyak wang pada kereta, dan beberapa servis penting yang wajib anda lakukan dalam tempoh tertentu.

Oleh itu, usah bebankan lagi kewangan anda dengan kerosakan kereta yang sebenarnya anda boleh elakkan. Betul, orang lain cakap “malang tidak berbau.” Tetapi sebenarnya banyak masalah pada kereta, “malang itu boleh dihidu dan berbau sebelum ia terjadi”!

Elakkan kerosakan kereta dan jangan sampai anda terduduk di kemudian hari kerana perlu bayar ratusan malah ribuan ringgit – jangan sampai kereta pun tergadai kelak!

Saya Cuma mahu anda membuat pilihan yang bijak.

Dapatkan ebook ‘Mudahnya Menjaga Kereta’ hari ini juga.

 

RM27 Sahaja Untuk Selamatkan Kereta Anda Hari Ini Juga

 

Tags: #Berita terkini malaysia #Bisness #terkini 24 jam berita