Pesawat Boeing 737 Hanya Membawa Seorang Penumpang Kerana…

350 views

Nikmat apa bila sabar. Itulah yang berlaku kepada seorang penumpang pesawat penerbangan apabila dilayan bak VIP untuk terbang dengan pesawat Boeing 737.

Menggunakan perkhidmatan awam udara seperti kapal terbang biasanya terpaksa tempuhi saat kapal terbang tergendala akibat cuaca atau sistem penyelenggaraan kurang baik.

Walaupun mendapat layanan yang baik oleh krew penerbangan, tetapi jika hanya menempah tiket ekonomi ia bukanlah suatu pengalaman yang mewah. Ini kerana, kita hanya dihidangkan makanan dalam bungkusan, menghirup udara yang dikitar semula dan tidak boleh bergerak bebas jika penerbangan tersebut penuh dengan penumpang lain.

Walau bagaimanapun, seorang penumpang bertuah dengan tiket ekonomi baru-baru ini mempunyai pengalaman yang luar biasa dengan menikmati penerbangan Boeing 737 tanpa ditemani oleh penumpang lain.


Penumpang bernama Zhang, mempunyai tiket untuk penerbangan dari Wuhan ke Guangzhou yang tergendala selama 10 jam. Disebabkan kelewatan itu, semua penumpang kecuali Zhang menukar tiket mereka ke penerbangan yang lain.

Secara tak langsung menjadikan Zhang satu-satunya penumpang dan penerbangan tersebut menjadi satu penerbangan peribadi untuk gadis bertuah ini.

Tags: #Pesawat Boeing 737 Hanya Membawa Seorang Penumpang