Petua Melegakan Cirit-Birit Dengan Segera

185 views
Petua Melegakan Cirit-Birit Dengan Segera

Petua Melegakan Cirit-Birit Dengan Segera

Sakit Perut Cirit Birit... Apa Ubatnya?

Kalau anda tiba-tiba sakit perut, apa yang anda lakukan? Cari tandas dan melepaskan hajat. Selesai. Sekali sakit perut tadi datang lagi dan kali ni anda dah dapat ‘kerja baru’ iaitu ulang-alik ke tandas.
Sesiapa yang melalui sakit, senak perut atau cirit birit pastinya akan merasai bertapa azabnya kesakitan tersebut sehingga melemahkan sistem imunisasi tubuh badan malah terpaksa kerap kali ke tandas disebabkan cirit birit sehingga tiada apa-apa yang ‘dikeluarkan’ melainkan hanya cairan sahaja.

Cuba petua melegakan cirit-birit ini

1. Rendam empat sudu makan daun teh/ 1 uncang teh di dalam segelas air panas sehingga kembang. Rasanya memang pahit. Jangan letak gula!

2. Setelah itu minum air teh tersebut dua kali sehari sehingga cirit-birit sembuh.

InshaAllah berkesan.

Ada juga petua atau ubat tradional lain yang mujarab bila digunakan antaranya :

1.Pucuk jambu batu – Caranya ambil beberapa helai. Basuh bersih, kunyah dan telan.

2.Buah ciku muda – Caranya rebus dan minum air rebusan tu.

3.Air tepung gandum – Bancuh gandum dalam air suam. Biar gandum tu mendap di dasar cawan dan minum.

4.Pil Chit Kit Teck Aun – Ambil ikut dos seperti yang disarankan.

simptom dan tanda-tanda sakit perut cirit birit

1. Sakit dan kekejangan perut – Perut mulai terasa tak sedap (mulai rasa memulas dan kejang). Akhirnya, akibat kita dah ulang alik ke tandas membuang hingga hampir kosong perut kita, pasti akan rasa sakit di bahagian perut tengah akibat kekejangan.

2. Loya dan muntah – Akibat ada alahan makanan, pengawet makanan, ubat-ubatan dan mungkin kita termakan/minum makanan yang tak bersih menyebabkan kita mula rasa loya dan nak muntah.

3. Letih – Rasa letih akibat sakit perut cirit birit. Tenaga banyak hilang akibat kehilangan banyak air. Mahunya tak letihkan?

4. Demam – Biasanya kita pun tak sedar kita demam, tapi elok kita sediakan jangka suhu. Jika suhu badan mencapai 37 darjah celsius, demamlah tu!

Doktor juga berpesan untuk mengelak dari penyakit cirit birit seperti berikut:
1.Sila basuh tangan sebersih-bersihnya. Takut nanti berjangkit pula kepada anak isteri.
2.Makan makanan yang baru dimasak. Mana-mana makanan yang dah berhari-hari dalam peti sejuk, janganlah dipanaskan kembali dan dimakan!

3.Masa kena sakit perut cirit birit ni, elok kita duduk di rumah saja. Takut nanti ada yang berjangkit.

4.Makan buah dan sayur yang sudah dibersihkan dengan sebersih-bersihnya.

Amalkan Gaya hidup yang sihat demi kesihatan anda dan keluarga.

Tags: #petua sakit perut #sakit cirit-birit #simptom dan tanda-tanda sakit perut cirit birit #ubat tradisional cirit birit