Petua Menteri Jimat Duit Tol Dan Minyak – Poning La

264 views

Cadangannya nampak macam bijak walaupun hakikatnya apa yang dicadangkannya ini sebenarnya kurang bijak..

Kalau diikutkan cadangan ataupun petua dari Menteri ni iaitu bangun awal-awal pagi dan gunakan laluan alternatif untuk ke pejabat memanglah menjimatkan.. kalau hanya kita seorang saja yang gunakan jalan allternatif itu..

Tapi jika kebanyakkan kita menerima pakai cadangan yang sebenarnya tak bijak langsung ini.. apa akan jadi kepada lalu lintas di jalan alternatif itu?

Sudah tentu akan berlaku kesesakan pula di jalan-jalan alternatif itu.. lainlah kalau jalan-jalan alternatif itu mempunyai tiga atau empat lorong..

Kita bukan saja menghabiskan masa tapi kita juga membazirkan petrol dalam kesesakan itu..

Menteri ini hanya mencadangkan untuk pergi kerja sahaja tapi dia tak cadangkan bagaimana untuk pulang sambil berjimat.

Apakah kita perlu tunggu sehingga ke tengah malam buta dan gunakan laluan alternatif untuk pulang?

Kadar tol di 18 lebuhraya baru sahaja naik dua minggu lepas, menyebabkan rungutan meluas warga kota yang berulang-alik menggunakan laluan berbayar itu.

Jika ada pengguna yang tertekan dengan kadar baru tol ewaktu ke pejabat setiap pagi, menteri perumahan dan kerajaan tempatan ada idea bernas untuk anda: cuba laluan alternatif.

“Di mana ada jalan tol, akan ada jalan alternatif. Maka ada jalan tanpa melalui tol, cuma banyak sedikit trafik,” kata Datuk Abdul Rahman Dahlan kepada media selepas satu forum mengenai perancangan bandar.

“Jadi dari segi, itu kita kena labur masa sedikit, bangun lebih awal dan sebagainya… Ini hal tolak ansur.”

Ahli parlimen Kota Belud juga menjelaskan bahawa kerajaan tiada pilihan kecuali membenarkan pemegang-pemegang konsensi menaikkan kadar tol - The Malay Mail

Nasib baik dia tak cadangkan supaya kita pergi kerja pada hari Isnin dan balik ke rumah pada petang Jumaat.. kan lagi banyak penjimatan tu..

Nak tidu..tidurlah dalam kereta, mandi pulak.. mandi di tandas awam... Kah.. kah.. kah..

Apalah malang nasib kita.. dapat Menteri kebanyakkannya kurang cerdik..

Tags: #Ahli parlimen Kota Belud #Jimat Duit Tol