Petua-Petua Daripada Imam Asy- Shafi`e

249 views

Petua-Petua Daripada Imam Asy- Shafi`e.

DiSenaraikan dii sini petua yang di amalkan oleh Imam Asy- Shafi`e moga dapat kita amalkan bersama.

4 perkara menguatkan badan iaitu:

1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

4 perkara melemahkan badan iaitu:

1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas dan gelisah
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

4 perkara menajamkan mata iaitu:

1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

4 perkara merosakkan mata iaitu:

1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

4 perkara menajamkan fikiran iaitu:

1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

4 Jenis Cara Tidur dan maksudnya iaitu :

1. TIDUR PARA NABI >> Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA dan  AHLI IBADAH >>; Miring ke sebelah kanan untuk
memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA>> Miring ke sebelah kiri untuk
mencernakan makanan yg banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN>> Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Wallahualam.

Petua-Petua Daripada Imam Asy- Shafi`e

Tags: #asy- #daripada #imam #petua-petua #shafie