Pilihan Raya Turki: Najib Ucap Tahniah Kepada Erdogan

285 views

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak  mengucapkan tahniah kepada Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan atas kemenangan dalam pilihan raya parlimen Turki."Tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan kerana memenangi pilihan raya Turki. Saya berharap dapat terus memperkukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Turki," kata Najib menerusi catatan terbaharu dalam Twitter dan Facebook beliau.

Congratulations Recep Tayyip Erdoğan on winning the Turkish elections. I look forward to continue strengthening Malaysia-Turkey bilateral relations.

Posted by Najib Razak on Monday, November 2, 2015

Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) yang telah lama menjadi parti dominan  disebut-sebut untuk mengekalkan majoriti di Parlimen pada Ahad.

Parti yang diasaskan oleh Erdogan memperoleh kira-kira 51 peratus undi, dengan lebih 80 peratus daripada undi dikira.

Ia membolehkan parti itu menguasai 325 kerusi dalam parlimen yang mempunyai 550 kerusi, mengatasi tiga parti pencabar utama, dan mudah meraih majoriti untuk membentuk kerajaan.

Tags: #Berita terkini malaysia #terkini 24 jam berita