PM Najib Razak Keudara Dan Bersiaran Di Hot FM | Najib Razak HOT FM

235 views

PM Najib Razak Bersiaran Di Hot FM

Tiada seorang pun dapat menyangka PM Malaysia Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak sudi bersama pendengar di radio HOT FM bermula jam 7.30 pagi sehingga jam 8.30 pagi sebentar tadi. Malah beliau tiba lebih awal ke konti dan ini menunjukkan beliau seorang pemimpin yang menepati masa.

Pemimpin yang amat banyak mendekati rakyat ketika ini, Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak banyak bercerita tentang kehidupannya seharian rutin hidup seorang Perdana Menteri Malaysia semasa di tanya oleh DJ-DJ radio HOT FM. Malah Najib juga amat meminati lagu Kancing Suasa yang dinyanyikan oleh R. Azmi kerana mengingatkan beliau kepada nasib peribumi orang Asli dan berjanji untuk memperjuangkan nasib mereka. Bila ditanya kenapa lagu "Kancing Suasa", Najib berkata semasa mengunjung peribumi orang asli beliau telah dihiburkan lagu tersebut sebagai hiburan.

Najib dikonti radio Hot FM, Y.A.B Dato' sri Najib juga telah menentang Faizal Ismail bertanding Dam Aji dan keputusan memihak kepada ???.

Apapun siapa pun pemimpin kita. Memimpin lah secara adil. Pemimpin yang adil akan melahirkan Negara yang hebat di mata dunia. Pemimpin yang sentiasa mendengar dan dekat kepada rakyat. Pemimpin yang sentiasa dekat kepada ALLAH.

Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Perdana Menteri Malaysia, Kami doakan semoga anda lebih memdekati rakyat dan bersama-sama dengan kami semua. Semoga sihat dan diberkati Allah S.W.T sentiasa.

Tags: #bersiaran #keudara #Najib #Razak