Presiden FAM: ‘Kami Pilih TMJ’ – Netizen

243 views

 

KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim dilihat paling layak menjawat jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Dalam satu tinjauan Astro AWANI pada petang tadi “Siapa Paling Layak Menjawat Jawatan Presiden?”, 64 peratus daripada 3,368 respoden menyifatkan TMJ layak menjawat jawatan tersebut, manakala 30 peratus memilih Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Sementara itu, bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa hanya sekadar meraih 6 peratus daripada undian.

BACA: Presiden FAM: TMJ vs Annuar Musa

BACA: Presiden FAM baharu mesti pakar dalam pengurusan bola sepak

Beberapa warga media sosial turut meninggalkan beberapa pandangan dan komen mengenai isu pemilihan presiden FAM.

Bagi pengguna @madperak, dia menyifatkan calon yang bertanding perlu memberi fokus untuk memajukan sukan dan bukan untuk maruah integreti.

Lantaran itu, dia berasakan TMJ mempunyai kelebihan dalam faktor kredibiliti.

Sementara itu, pengguna @frazaly1 berpendapat TMJ mempunyai lebih kepakaran dalam pengurusan kelab bola sepak.

Perebutan ‘kerusi panas’ jawatan presiden FAM bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Annuar Musa dengan TMJ.

BACA: KJ muktamad undur diri jika TMJ sah bertanding kerusi Presiden FAM

Sementara itu, pertandingan bagi jawatan dua timbalan presiden bakal menyaksikan pertembungan antara empat calon, manakala sembilan calon bagi empat jawatan naib presiden.

Pemilihan FAM akan diadakan pada Kongres FAM ke-53 pada 25 Mac ini.

 

Tags: #fam? #netizen #pilih #Presiden #TMJ