Rahsia Dropship Untung 5 Angka Dengan Mudah

540 views

dropshiping

Fenomena terkini di Malaysia adalah perniagaan secara online atau perniagaan drophip yang paling popular di laman sosial. Ramai yang bermula secara kecil-kecilan dan ramai pula nampaknya sudah berjaya mencipta nama. Itulah namanya perniagaan sememangnya 9 sumber rezeki itu terletak pada perniagaan. Tetapi jangan pula anda menipu dalam meniaga.

Seperti tajuk artikel kali ini saya cuba untuk memberi anda tips yang ringkas bagaimana untuk lebih berjaya dalam perniagaan konsep dropship ini. Sebenarnya tiada rahsia yang hebat kecuali memerlukan kefahaman anda tentang konsep bagaimana ia dijalankan.

Ramai yang biasa dengar memborong barang dari Negara China. Konsepnya kali ini lebih kurang sama cuma anda tidak perlu ke China. Tapi bagaimana?
Mudah dan tidak mustahil untuk Dropship barang China. Apa yang anda perlukan adalah kad debit anda dan akaun paypal. Jika kad debit anda tidak boleh membeli barang luar dari Malaysia sila layari tutorial di halaman ini.

 

Rahsia Dropship barang China ke US

Anda mungkin pernah dengar laman Online Shopping Banggood. Saya berminat untuk menceritakan pengalaman menggunakan Online Shopping Banggood ini. Sejak saya membeli secara online di Banggood tidak pernah saya ditipu atau tidak mendapat track no. barang. Semua amat lancar dan sampai dalam tempoh waktu yang diberi.

banggood

Perkongsian untuk anda, di Banggood kita boleh memilih untuk menjadi pembeli, mendaftar dalam Affiliates Program dan menjadi Drop Shipping.

Konsep Drop Shipping Banggood

konsep-drop-shipping-banggod
Antara kelebihan menjadi Drop Shipping Banggood adalah anda diberi diskaun diantara 5% hingga 20% untuk setiap barang yang anda niagakan dan diberi gambar barangan dalam bentuk format CSV tanpa watermark.

Anda boleh semak dibawah ini ;

banggood-drophipping

Untuk mendaftar menjadi Dropship di laman ini anda perlu mendaftar terlebih dahulu kemudian anda pergi kehalaman dropship di sini seperti gambar di bawah :

bangood-dropshipping

Setelah anda berjaya mendaftar, sila tunggu email dari pihak Banggood untuk pengesahan. Jika berjaya anda sudah boleh mula menjual barang di facebook atau laman Shopping Online anda sendiri. Anda sudah boleh mula memasarkan menggunakan facebook ads atau adwords untuk lebih mudah mendapat jualan. Cara yang paling popular untuk memasar Jualan anda ke US kini adalah dengan membuka website jualan di SHOPIFY. 

Apa itu SHOPIFY? 

Untuk lebih tahu sila ke artikel "Panduan Meniaga Online di Shopify dan Mengapa Shopify Malaysia"

Dapatkan tutorial lengkap Shopify dan case study RM 40 000 sebulan di SHOPIEVO - Evolusi E-commerce

shopify-test

Moga perkongsian kali ini membantu dan kongsikan tips ini bersama rakan anda.

 

Tags: #9 sumber rezeki #case study dropship malaysia #Drop Shipping Banggood #Online Shopping Banggood #Rahsia Dropship barang China ke US #tutorial lengkap Shopify

  1. author

    raihanah9 months ago

    rahsia yang bukan rahsia lagi

  2. author

    mrhanafi9 months ago

    kalau rajin boleh dapat yang banyak nie..

Author: 
    author