Rahsia Nota Misteri HTML Di Portal The Malaysian Insider Sebelum Dimatikan

307 views

HTML code di Portal The Malaysian Insider Sebelum Dimatikan menjadi viral kini.

Banyak spekulasi yang berlaku dengan Portal The Malaysian Insider. Begitu juga la banyak juga pihak yang mahu mengodam website tersebut. Begitulah serba sedikit kisah yang ditulis dalam format HTML buat tatapan pembaca dan ianya menjadi sejarah buat Portal The Malaysian Insider.

KUALA LUMPUR: Terdapat satu nota tersembunyi dalam kod HTML portal tersebut yang ditinggalkan oleh kakitangan portal tersebut.

Difahamkan, mesej tersebut ditinggalkan oleh seorang kakitangan IT, Yusseri Yusoff yang juga merupakan orang terakhir mematikan suis pelayan portal berkenaan.

Melalui kenyataan mesej itu, Yusseri mengimbas kembali memori dia bersama rakan sekerjanya berdepan dengan penggodam portal tersebut buat kali pertama pada tahun 2012.

Difahamkan, sebelum pilihan raya yang ke-13, mereka mengesan ada pihak yang menggodam portal berita itu dan terus mengganggu mereka selama sebulan.

Menurut Yusseri, dengan bantuan syarikat AIMS dan syarikat Global Transit Communications (GTC), mereka akhirnya berjaya memulihkan kembali portal itu.

Yusseri mengakhiri nota tersebut dengan mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca yang telah memberikan sokongan sejak hari pertama ia dibuka.

Kumpulan The Edge Media Group menghentikan operasi portal berita The Malaysian Insider (TMI) bermula tengah malam 15 Mac 2016, selepas lapan tahun beroperasi.

Bagaimanapun, portal tersebut masih belum ditutup sepenuhnya dan anda masih boleh layari laman web mereka yang hanya tampil dengan sekeping gambar organisasi tersebut.

Berikut adalah keratan mesej yang ditinggalkan oleh Yusseri;

Nota Rahsia Html TMI

Tags: #Global Transit Communications #HTML code di Portal The Malaysian Insider #Yusseri the malaysian insider #Yusseri Yusoff