Rahsia Tun Dr. Mahathir Mohamad -10 Perkara Yang Kita Tak Penah Tahu!

2301 views

Perkara yang viral di media sosial kini. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Lantang mempertikaikan pemasalahan dalaman krisis pentadbiran syarikat #1MDB Crisis. Dalam keadaan kesihatan beliau yang tidak menentu, beliau masih lagi memikir dan memperjuangkan hak rakyat marhaen. Tahniah Tun Jasa mu akan tetap dikenang oleh kami Rakyat Malaysia.

#TunDrMahathir

#blog tun mahathir mohamad,

#MelayuMudahLupa

Umum sedia maklum Tun Dr. Mahathir merupakan negarawan yang disegani. Selain memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, beliau juga punya rahsia tersendiri untuk kekal sihat meskipun usianya kini sudah mencecah 85 tahun.

Mungkin sejak akhir-akhir ini kesihatan beliau sedikit terganggu, barangkali berkait rapat juga dengan pembedahan pintasan koronari pertama yang dijalani beliau pada Januari 1989 (Hospital Besar Kuala Lumpur) dan kedua pada September 2007 (Institut Jantung Negara). Namun begitu secara fizikalnya tidak dapat disangkal lagi beliau masih kekal tip-top bergiat aktif dalam menyampaikan pendapat selain berkunjung ke beberapa konvensyen-konvensyen yang dianjurkan.

Siapakah Tun Dr Mahathir Mohamad? Yang pasti... Tun bukanlah seperti PAS yang memecat ahlinya yang berjihad dibumi Syria. Jauh sekali jika mahu dibandingkan dengan DS Anwar yang menyokong sepenuhnya Israel.

Rahsia Tun Dr. Mahathir Mohamad

1. Dia lah yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dia juga lah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.

3. Dia jugalah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam di Bosnia.

4. Dialah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin.

5. Dia jugalah pemimpin Islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6. Dia juga lah yang mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.

7. Dialah yang digelar Maha Firaun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam dimata dunia.

8. Dialah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9. Dialah yang ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH. Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil.

10. # “I not only think but also look and study things carefully. When I travel around, I look at things carefully, make comparisons of what I see. I don't accept things at face value, you cannot trust what you hear or see. Don't jump to conclusions without thinking.” - Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..
Bila berbicara soal Tun M, sudah pasti sebak dan berlinang air mata kerana jasa yang dicurahkannya sudah pasti tidak dapat dibalas.

Dialah..

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia.Terima Kasih Tun , keranamu kini kami generasi pewaris menikmati hasilnya.

 

Tags: #blog tun mahathir mohamad #pemikiran tun mahathir mohamad #rahsia dr mahathir #tun mahathir mohamad achievement #tun mahathir mohamad biodata #tun mahathir mohamad biography #tun mahathir mohamad quotes