Rakyat Malaysia Maut Dalam Kemalangan Bas Di Thailand – Duta Malaysia

343 views
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 13 pelancong warganegara Malaysia maut dalam satu kejadian kemalangan membabitkan sebuah bas pelancong yang terbabas di utara Thailand hari ini.

Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Nazirah Hussin ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan kejadian itu dan berkata seramai 22 orang warganegara Malaysia berada dalam bas malang terbabit ketika kejadian.

Tambahnya pihak polis telah mengesahkan 13 rakyat Malaysia telah meninggal dunia, empat orang cedera parah dan tiga orang cedera ringan.

Beliau turut berkata pihaknya masih sedang menunggu maklumat lanjut mengenai kemalangan.

pihaknya masih menunggu maklumat lanjut mengenai kemalangan.

Menurut laporan awal AFP, penyiasat memaklumkan kejadian berlaku sejurus tengahari di daerah Doi Saket, kira-kira 30 kilometer dari bandar Chiang Mai.

“Ketika ini dilaporkan 13 kematian, lapan wanita, lima lelaki,” kata jurucakap polis di balai polis Doi Saket.

Tambahnya, mangsa terdiri dari “warga Malaysia dan Thailand” namun tidak memberikan butiran lanjut kerana siasatan masih diteruskan.


Terkini - Astro Awani

Tags: #balai polis Doi Saket #Datuk Nazirah Hussin #kemalangan di thailand babitkan rakyat malaysia #Rakyat Malaysia maut dalam kemalangan bas di Thailand