Rayani Air Bayar Balik Wang Tambang Kepada Pembeli

1524 views

Syarikat penerbangan patuh syariah pertama Malaysia, Rayani Air mula membuat bayaran pulangan tambang kepada penumpangnya bermula hari ini. Bagi sebarang pertanyaan tentang bayaran balik tambang Rayani Air yang telah dibeli melalui talian di 03-27214925 atau emelkan ke info@rayaniair.com.  Ravi Alagendrran berkata pihaknya akan membayar semua tambang kembali baik yang membeli melalui online dan juga yang membeli tiket menggunakan kredit kad.

Tuntutan tambang Rayani Air 2

Tuntutan tambang Rayani Air 2

Salah seorang penumpang Rayani Air berkata, meskipun terpaksa menerima pembatalan penerbangan, dia dan isterinya berpuas hati sebaik sahaja menerima pulangan tambang yang dimasukkan secara dalam talian.

“Saya dapat berita yang Rayani Air tidak akan beroperasi buat sementara waktu. Alhamdulillah, saya datang ke sini dengan isteri bagi menuntut semula wang kami dan kami telah menerima pulangan semula wang yang dijanjikan oleh pihak Rayani Air.

“Layanan yang diberikan oleh kakitangan Rayani Air kepada kami amat baik. Saya juga dapat pulangan wang terus ke dalam akaun saya. Semuanya sudah selesai,” kata penumpang itu yang tidak mahu dikenali.

Sementara itu, pemilik Rayani Air, Ravi Alagendrran berkata, pihaknya telah pun membuka kaunter bagi penumpang yang datang menuntut pembayaran semula tambang bermula hari ini.

“Kami telah mula melakukan proses bayaran balik kepada penumpang pagi ini (Isnin) bermula jam 9 pagi hingga 6 petang. Penumpang-penumpang yang telah membuat tempahan tiket boleh datang ke pejabat kami di Shah Alam untuk mendapatkan bayaran balik.

Tuntutan tambang Rayani Air

Tuntutan tambang Rayani Air

“Kaunter kami akan terus dibuka sehingga semua penumpang selesai menerima pulangan wang masing-masing,”

Ravi dalam satu kenyataan di Facebook semalam memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi oleh syarikat penerbangan terbabit.

Menurutnya lagi, buat masa kini, pihaknya sedang berusaha  untuk menyelesaikan urusan dalaman bagi memastikan Rayani Air kembali beroperasi.

Beliau turut memohon maaf kepada para penumpang yang terjejas akibat masalah yang dihadapi syarikat penerbangan itu.

Selain mendapatkan bayaran balik di pejabat operasi di Shah Alam, sebarang pertanyaan juga boleh dibuat dengan menghubungi pusat panggilan di 03-27214925 atau emelkan ke info@rayaniair.com.

Tags: #bayaran balik tambang Rayani Air #Pembeli Tiket Rayani #ravi alagendrran Rayani Air #tututan tambang Rayani Air