Review Proton Iriz Betulkah Bermasalah? Luahan Hati Pembeli

14382 views

Adakah Proton Iriz ini bermasalah? Atau ianya cuma masalah biasa-biasa sahaja. Lupakan sementara tentang masalah pada kereta kompak ini kerana anda mungkin sudah tergoda dengan reka bentuk Proton Iriz yang menawan.

Anda mungkin dikalangan yang lain ingin memiliki dan memandu sebuah kereta kompak. Lebih menyeronokkan apabila berada di dalam kawasan bandar. Anda mungkin telah terfikir untuk menempah Proton Iriz. Nampaknya bukan sahaja ianya seronok untuk dipandu di kawasan sempit, malah di dalam iklan nampak ia agak stabil semasa menyusuri highway pada kelajuan tinggi. Namun ada beberapa faktor negatif yang kurang menyenangkan pada Proton Iriz ini. Oleh itu sila teruskan pembacaan anda untuk lebih tahu.

Harga Kereta Proton Iriz

Harga Kereta Proton Iriz Mengikut Varian

Antara pendapat negatif mengenai Proton Iriz 1.6 Auto vvt CVT adalah bunyi pada gearboxnya yang agak kasar dan kurang menyenangkan pada variant auto. Berbeza dengan Iriz manual yang senyap di dalam kabin dan hampir tiada bunyi.

Selain itu, Iriz 1.6 Auto juga mempunyai kekurangan yang sangat ketara dari segi respon pedal minyak. Ia amat mengecewakan kerana pedal terpaksa ditekan lebih jauh untuk memastikan kereta memecut keluar dari simpang. Sepatutnya Proton Iriz 1.6 Auto bertindak lebih tangkas dan lebih cepat. Namun isu respon enjin yang lembab dan lambat ini boleh diminimakan dengan menghantar ia ke workshop campro untuk membuat "pedal response setting".

Proton-Iriz-TM-2014.04

kekurangan yang nampak ketara adalah pada Side mirror yang kecil menjadikan pemandangan sisi yang terhad dan menyebabkan pemandu selalu perlu menoleh ke belakang untuk reverse dan menukar haluan.

Bonet belakang Proton Iriz yang kecil berbanding kereta sedan menjadi faktor banyak pembeli yang berkeluarga beralih arah walaupun speksifikasi yang ditawarkan adalah agak bagus.

Dkongsikan juga masalah yang kerap berlaku pada Proton Iriz 1.3 atau 1.6 MT atau CVT auto yang ditulis oleh pembeli Proton Iriz untuk panduan pembeli baru.

Perkongsian pembeli Masalah-Masalah Sering berlaku pada proton Iriz  1.3 atau 1.6 MT atau CVT

ijaini March 27, 2016 at 7:53 pm
Saya menggunakan proton iriz 1.3 exercutive sejak ogos 2015. masalah yang saya hadapi adalah
1.hose wiper sebelah kiri selalu tercabut – so saya ikat dgn plastik strip- masalah selesai
2.Span dashboard terkeluar- saya sumbat balik tapi masih dapat dilihat dari posisi driver
3.Ada bunyi sepert bunyi tikus dekat dashboard or bonet tak dapat pastikan lagi – masalah ini belum selesai

Kwong March 27, 2016 at 5:26 pm
Saya memiliki Proton Iriz premium sejak bulan March 2015. Dalam bulan pertama saya menghadapi problems berikut:
1) Start button perlu tekan banyak kali sebelum enjin hidup.(kerap)
2) Reverse sensor kurang sensitif. Ia bunyi walaupun tiada halangan di belakang atau tidak bunyi bila terdapat halangan di belakang. (Kadang kala)
3) Hon tidak sensitif. Perlu tekan kuat baru bunyi. Bayangkan bila dalam keadaan kecemasan bagaimana kita ada masa untuk tekan kuat utk bunyikan hon.

Saya perlu ulang alik ke workshop Proton utk membaiki masalah ini. Orang yg bekerja mana cari masa utk ulangalik ke workshop.
Kesimpulan saya adalah kualiti control kilang tidak sampai standard yang diharapkan. Kilang membiarkan iriz yg tidak sampai standard yang di setkan keluar dari kilang. Sikap pekerja proton perlu berubah.

honey December 31, 2015 at 11:25 pm
Saya beli proton iriz 1.3 exec auto bulan mei 2015. Masalah yg dihadapi
1. Gear box bunyi kasar
2. Dashboard berbunyi
3. Span dashboard terkeluar
4. Steering x lurus
5. Bila on aircond berbunyi dan keluar bau busuk
6. Masa start enjin ada bunyi tok

dyla zaini December 22, 2015 at 12:30 am
Sy iriz 1.6 exec…. problem sy plk….radio internet n Segala macam menatang kt situ sumemye problem….tu xblh Ni xbleh…on internet xleh…. leak memory xleh…ape pon xleh….sume flesh..ada rs nk mncarut pon ada jgk..keta baru je beli 3 4 bln tp sume da problem.cannot access internet while driving la padahal keta xbjln pon….siap matikn enjin lg…..mcm hampeh…..hari tu masukkn memory then da elok da blh dgr lagu mp3 ape sume then bila kuarkn nk tambah lagu then cube masukkn blik….da xleh bukak dah….macam hampeh

haziq December 19, 2015 at 3:37 am
orite..setelah baca komen2 di atas.. sy faham x semua kereta adalah perfect..mungkin isu besar sy x boleh bantu.. better refer pada SC.. apabila melibatkan CVT/Breaking system…sila rujuk pada Proton or pakar elektronik

1. Masalah radio (paling byk komen).. Try pergi setting and off ‘auto search’.. ad member jd mcm ni..lepastu dah
okey..
2. Masalah dashboard ad bunyi2 .. Try cek nut dia..maybe ad longgar
3. Masalah reverse camera ..actually belum pernah ad problem.. cuma diingatkan sebelum reverse please on reverse
camera dahulu
4. Masalah steering gegar .. check balancing or berkaitan roda

apa pun..reminder..nak2 part screen Iriz..please baca manual dahulu..sbb sistem radio dia ade kelainan sedikit..huhu
banyakkan baca manual book pada iriz..insyaAllah okey..

about savvy 2006 tadi model AMT right??.. this car xd problem actually..cuma part AMT tu x boleh ditukar sesuka hati..sebab sistem AMT ni kebanyakannya digunakan oleh European car/Continental car..part CPS dalam AMT tu sendiri dari salah satu vendor Ferrari.. AMT ni robotic sistem..better cari Bengkel PAKAR CONTINENTAL CAR..insyaAllah selesai,.. sebab adik sy ada guna Savvy Lite 2005 (AMT).. dulu kata mcm2 problem..rupa2 rupanya AMT ni kena repair pada yang pakar… try google Pakar Savvy or Pakar Continental..insyaAllah ad jumpa..salah satu ada di Melaka..

thanks for support Proton..

myv6 September 30, 2015 at 11:36 pm
Salam kpd semua. Saya guna iriz 1.6 prem auto. Setelah membaca komen di atas, sedih rasanya. Kereta saya pun tak terkecuali drpd masalah.

Saya beli kereta showroom, masa tu saya yang first pakai di cheras, warna hijau. Bila nk servis kali pertama, usahakan untuk pergi ke proton HQ Shah Alam demi mendapatkan update TCU & ECU terbaru.

Kereta saya macam biasalah, berbunyi- bunyi dan bermasalah pelbagai.
1) pintu bunyi bergetar: hantar SC (service centre) tapi tak selesai, DIY sendiri bunyi hampir hilang semua
2) bunyi steering bergetar: SC order part steering column mounting baru. Tatau bila dpt.
3) radio berhantu: dah cabut untuk repair, pasang balik pun masih ada masalah. Tiba masanya untuk saya naik hantu.
4)lampu airbag menyala: order part steering clock spring, tatau bila dapat.
5) kerusi pemandu bergoyang: bila sampai di SC, saya naik hantu. Order part baru.
6) steering bergetar: kalau kereta anda bawah 1000km, boleh pergi balancing dan allignment free di SC. Tayar kereta saya bengkak kesemuanya, nak pergi claim di SC.

puteri nurul September 6, 2015 at 2:44 pm
Saya punye iriz 1.6 premium..xsmpai setaun beli..xtau org lain sama ke tak.tapi problemnye mcm kereta ni dh bertahun pakai.
1) lampu srs bag menyala.dah bape kali pegi setting coding..katanye erase false alarm coding.lepas sehari,nyala balik.
2)lampu check enjin menyala tetiba..terus tersengguk kereta sy…tgh berjaLan plak tu…2 kali kene.nasib xda kereta laju dri belakang.
3)masuk gear reverse mati.last2 kene tarik..
4)radio ade masa xbunyi langsung.geram rasa nak hempuk je.

Tolong la saya…dh bnyk kali pegi kedai servis proton.rs mcm nak buat aduan terus dgn proton.len kali jgn buat kereta.ingt boleh la selesa sikit..tp x.lg susah hti ada. Dan lagi menyakitkan hti org.menyesal sgt beli.mmg menyesal sungguh.

naruto June 27, 2015 at 2:17 pm
Assalamualaikum..

Saya baru angkat proton iriz ni bulan lepas…antara problem saya hadapi adalah
1. Dashboard berbunyi seperti kereta lama..
2. Radio tiba2 tersenyap dlm 5 – 10 second lepas ok balik.
3. Stering senget tak buat balancing.
4. Bumper depan terbuka sikit bawah lampu sebelah penumpang..
5. Enjin kasar..

Ini lah masalah saya hadapi sekarang..sy dah bawa g eon service centre tapi masalah yg di sattle hanya la pada wheel balancing dan bumper…
Kereta baru ambil , hutang baru lagi kat bank..masalah tak sattle lagi .. ambil kereta baru bukan kereta secondhand..kalau secondhand tu ok la lg boleh di terima..

Nak buat macamana pakai ajela smp 5 thun habis kan hutang dulu..saya bukan nya nak kondemkan proton tapi saya kerja penat cari duit jadi nak la rasa yg selesa..ingatkan nk tolong proton tapi ni balasan sy dapat..

Moga perkongsian ini membantu anda untuk menilai dan membeli Proton Iriz. 

Incoming search terms:

  • kelebihan dan kekurangan proton iriz
  • proton iriz komen
  • kereta amerika engin terkeluar
  • pandangan tentang iriz 1 3
  • proton iriz keburukan

Tags: #13 masalah proton iriz #keburukan proton iriz #kekurangan proton iriz #kelebihan proton iriz #komen proton iriz 2015 #komen tentang proton iriz #Luahan Hati Pembeli proton iriz #pendapat proton iriz #Proton Iriz 1.6 Auto vvt CVT #Proton Iriz bermasalah #proton iriz bonet #Review Proton Iriz

  1. author

    bet3651 year ago

    always i used to read smaller content that also clear their motive, and that is also happening with this article which I am reading at this place.

  2. author

    Nelly1 year ago

    Right now it looks like Expression Engine is the top blogging platform available right now.
    (from what I’ve read) Is that what you’re using on your blog?

  3. author

    Muizz1 year ago

    Kereta saya kemalangan..iriz 1.3 manual.. kejadian Di klia.. nak tahu ketika kemalangan depan kereta saya teruk hingga dashboard airbag keluar dan berasap.. saya nak keluar Dari kenderaan tidak boleh… Door dah lock tak boleh buka.. saya tekan suis tingkap.. boleh buka,dan saya keluar ikut tingkap.. memang menipu punya proton ciri2 keselamatan Dari luar rupanya..kemalangan tidak.. sekarang kat bengkel wakil proton.. dah hampir sebulan kereta cuma tunggu part sampai jer kete dah siap.. Ni kete takdapat nak buat sebab part belum sampai,kereta dah kat sebulan tersadai.. menyesal betul aku beli proton.. memang tak gunalah betul sampai ganggu kerja harian.. proton memang 0% kualiti service dan perbuatan..kalau warranty tu citer sembang jer lah proton Ni.. sapa2 nak beli Jenama proton fikir2kan lah.. lawa pun takda gunalah.. takda kualiti Dari semua segala aspek pun

    • author
      Author

      admin1 year ago

      Alamak.. teruknya. Diharap mereka yang diluar ambil perhatian tentang apa yang diceritakan ini. terima kasih Tuan Muiizz

  4. author

    Muizz1 year ago

    Dashboard memang pun iriZ depan span terkeluar..chamber pun mesti problem ada lari.. dah lah.. serius betul aku pesan.. nak beli kereta Jenama proton baik baru atau lama,saya nasihatkan cari lah kereta Jenama lain kat dalam Malaysia atau import.. bukan niat aku nak jatuhkan proton.. tapi sampai menyusahkan membeli dan pengguna,baik proton tutuplah atau buang lah pekerja atasan yg bodoh kat proton tu.. ada rezeki insyalah ada duit aku nak beli kereta lain.. betul2 proton Dari dulu sampai sekarang tak ubah2.. menyusahkan pengguna dan pembeli..

  5. author

    Amirul1 year ago

    Memang masalah … aku pakai 1.6 premium …. baru pakai tak sampai sebulan , dah macam2 prob dah …
    Nie aku list kan ape yang prob dengan kereta aku.

    1. stereng senget + bergegar kuat jgak time ko start kereta.
    2. Span dahsboard terkeluar.
    3. Dashboard kiri kanan bunyi,macam longgar. Sakit hati aku dengar.
    4. Aircond punya suiz tu longgar tmpat pusg dia.punca mngeluarkan bunyi .
    4. Ada bunyi kat pntu dpn blah penunmpang klu kereta kau bergegar sikit.
    5. Navigation tak detect map.
    6. Power window belah pemandu macam gampang. Turun ok,tapi nak naik slow cam haram.
    7. Tingkap belakang klu naik bunyi mcm tikus.
    8. Sekarang kereta bunyi berdengung sangat. Amat2 tak selesa.mula2 ambil x terasa lagi,now dah terasa berdengung sgt.rasa pening je kepala.
    9. Meter minyak yang Km tu macam musibat. Minyak turun bukan main laju. Aku bawak bwah 100km/h minyak aku turun mcm air. Kekadang Stiap 2 or 3 second dia akn trun 1km padahal 1 km pon x sampai ak bawak. Apatah kalu bwak laju lg la….

    Serius memang aku sakit hati sangat. Kereta tak sampai sebulan dah jadi macam ni. First paymnt pon blum bayar lagi kat bank. No more proton after dis…. kualiti btul2 teruk .. nampak je macam gah. Tapi hampeh.

  6. author

    Zack1 year ago

    Alhamdulillah, saya dah pakai Iriz Manual 1.3L Standard, keluaran 2015, selama 7 bulan tanpa ada masalah kritikal. Beli keluaran 2015 pada tahun 2016. so, dapat diskaun sampai RM5,000. harga OTR RM 42,000, tapi buat loan cuma RM 37,000 saja. dah macam harga Axia dan Proton Saga.

    Secara keseluruhan pakai iriz ni oklah. Cuma yang menjengkelkan sikit tu, ialah pasal bunyi getaran dan ketukan (rattling and knocking) di dashboard yang bermula selepas 2-3 bulan pakai. bunyi ni mcm keluar sebelah kanan dashboard, kadang2 sebelah kiri. kadang2 belah tengah. macam ada mood plak kat area mana dia nak berbunyi. Ini bukan sebab bunyi barang dalam glove box atau driver box yang berlanggar sesama sendiri. Sbb saya dah test buang semua barang dalam tu. still bunyi jugak. Awal2 dulu macam takda la pulak. tapi bunyi ni tak lah sepanjang masa, sekejap ada, sekejap takda (berhantu?). Selain tu bunyi agak kuat masuk ke dalam kabin dari tayar. ada reviewer yg rekomen tukar ke tayar continental conticomfort. cadang nak tukar lepas ni. Hari tu ada brek mengejut dalam hujan lebat, lepas tu lampu brake menyala berterusan. lepas pergi servis, masalah selesai. Reverse sensor pulak tak berfungsi lepas tinggal kereta kat luar waktu ribut. tapi keesokan harinya, dah ok, tak payah gi servis pun. Ada pemilik iriz dengar bunyi tikus kat dashboard. so far, saya punya iriz takda lah tikus tu. selalu dengar bunyi ala2 ‘transformer’ kat boot enjin.. mungkin dari air-cond kot, sbb aircond Daikin kat rumah pun bila bukak, compressor di luar keluarkan bunyi yg sama. Awal2 pakai dulu pick up macam kureng sikit tapi, lepas dah 2 kali servis maintenance tukar minyak, macam enjin lebih smooth dan tajam. lebih ummm..best bawak iriz manual ni.. mantap. Orang selalu ckp iriz ni dibuat utk transmisi manual, bukan cvt. ini baru 1.3L. tak dapat bayangkan kalau 1.6L. InsyaAllah, mungkin suatu hari nanti nak upgrade ke 1.6L premium. cuma bagi saya pickup 1.3 manual ni tak berapa power dari gear 1 ke 2. mcm dari full stop kat lampu merah dan nak bergerak (iriz ni body berat), tapi dari gear 2 dan seterusnya mmg mantap.

    Lagi satu saya tertanya2, berapa ramai dari pemilik iriz ni yang baca buku MANUAL PEMILIK (Owner’s Manual). Dalam tu ada banyak tips dan panduan yang menerangkan sebab dan punca serta cara mengatasi apa2 masalah yang timbul. walaupun saya rasa mcm dah berpengalaman dan tahu banyak benda pasal kereta, tapi bila belek2 buku tu, rupanya masih banyak perkara yang belum tahu. silalah baca ya. baca sikit2 bila ada masa. bukan cram mcm nak studi exam. gear tersangkut kat P, sensor belakang berbunyi, suis start-stop tak boleh on..dan masalah2 lain ni ada dijelaskan dalam buku tu. cara2 penjagaan pun ada jugak dalam tu, cara nak jaga enjin, nak jaga reverse sensor dari rosak. semua ada dalam tu. bila dah pakai menonong semberono mcm tahu segalanya, bila benda rosak terus bising2. mungkin kita adalah puncanya.

    Iriz ni ada banyak yang best. binaan chassis mantap. saya selalu terpesona dgn pintu iriz belah pemandu (dan penumpang depan). pintu kereta kebal.. berat dan pejal. nak bukak dan tutup tu kene guna tenaga sikit. bila tutup, bunyi tu mmg sedap. lagi satu yang best ialah pasal brek iriz. tekan sikit pun dah mencengkam rapat (fungsi ‘Brake Assist’). awal2 pakai dulu selalu tertekan brek kuat sangat sbb dah biasa pakai kereta lama (Kia Spectra 1.6L, Auto)… mmg terbang barang2 dalam kereta. sekarang dah ok. so, dalam traffic jam, tak lenguh sangat dok tekan brek. clutch pun lembut (utk manual). stereng pun best, layan jer ambik corner. speeding tak bergegar walaupun 150-160kmj. respons stereng automatik jadi keras bila speeding dan rasa badan iriz tu melekap atas jalan walaupun hujan lebat (fungsi ‘Traction Control’), so tak rasa mcm nak terpesong keluar jalan. TIPS saya. Kalau nak iriz tu lebih pickup dan smooth bila speeding. ..TUTUP AIR-COND.

    Tapi yang PALING PENTING bagi saya adalah ciri2 keselamatan tu. ramai dari kita yang selalu tak pandang penting hal2 ni. mentaliti kene berubah. berapa ramai yang eksiden dan cedera teruk dalam kemalangan yang sebenarnya boleh dielakkan dengan bantuan teknologi terkini. mcm ESC – Kawalan Kestabilan Elektronik. Di Eropah, Australia dan Amerika Syarikat, ESC ni adalah WAJIB!, bukan SUNAT. Syukur sbb sekarang Perodua pun dah pasang ESC untuk kereta Bezza 1.3L (variant Advanced sahaja). Proton dari Preve, Suprima, Exora, Iriz, Perdana semua dah ada (tapi tak semua variant, kecuali iriz dan preve. sila check dulu).

    Kalau anda memang seorang ABP (ABP – Asalkan Bukan Proton), ambiklah Bezza 1.3 Advanced tu. sbb dua jenis kereta ni yang paling mampu milik dan ada ESC di Malaysia. tolonglah ambik berat pasal hal2 ni. untuk diri sendiri dan keluarga. sbb pengalaman saya beberapa bulan lepas, hampir terbabas di selekoh sbb salah bajet ketajaman lengkok jalan, waktu tu pulak malam dan gelap, hujan renyai2. tapi Alhamdulillah dgn izin Allah, ESC ambik alih brek dan pecutan enjin, selamat. lepas dari tu saya bagitau diri sendiri, tak ada seorang pun dalam keluarga saya yang beli kereta baru selepas ni tanpa ESC!

    Hampir 50% kemalangan jalan raya di Malaysia adalah bersifat ‘boleh elak’. selalu tgk tv, byk kes2 kemalangan kat jalan, selalu terdetik dalam hati, adakah kemalangan ini boleh dielakkan? kenapa sanggup beli kereta import mahal2, tapi bab fungsi keselamatan kereta boleh pejam mata dan tolak ke tepi? Pasal ABP? Pasal reliability? Pasal tahan lama? Yer, secara umumnya kereta proton ni resale value (RV) rendah, RV Iriz pun mungkin mengalami nasib yg sama. tapi pikir pasal nyawa dan keselamatan tubuh badan dulu sebelum bercakap pasal RV. Kalau dah remuk total loss kereta tu, cedera teruk dan mati, masih mahu bercakap pasal RV? Sekarang dah ada Bezza 1.3L Advance, RV perodua lebih baik kan? so, Jangan bagi alasan dah. Ambik peluang ni, beli kereta mampu milik DENGAN ESC. dan pesan pada orang yg tersayang jugak.

    Kereta ada ESC boleh jamin keselamatan kita ke? KONSEP TAWAKAL – USAHA dulu, baru BERSERAH. apa2 berlaku sesudah itu hak Allah. Bila tinggalkan rumah, kita kunci pintu sbb taknak pencuri masuk. Kita dah USAHA (kunci pintu), lepas tu berserah (TAWAKAL) pada Allah kalau pencuri masuk atau tak. Usaha dulu pakai kereta yg ada ciri2 keselamatan maksimum, kalau masih eksiden, cedera atau mati. itu urusan Dia.

    “Pada zaman Rasulullah SAW ada seorang sahabat yang meninggalkan untanya tanpa diikat lebih dahulu. Ketika ditanya, mengapa tidak diikat, ia menjawab, “Saya telah benar-benar bertawakal kepada Allah.” Nabi SAW yang tidak membenarkan jawapan tersebut lalu berkata, “Ikatlah dan setelah itu bolehlah engkau bertawakal.”” – https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/12/16/tawakal-alallah/

    – Kenal dulu ‘kemampuan’ kereta anda sebelum tekan pedal kuat2. –

    VIDEO RUJUKAN PASAL ESC:

    1. Bahasa Indonesia – https://www.youtube.com/watch?v=mbqgsAjuot8

    2. Bahasa Inggeris – (a) https://www.youtube.com/watch?v=VGjdoGJItX8 ; (b) https://www.youtube.com/watch?v=MCRLKRluk1w; (c) https://www.youtube.com/watch?v=vhdjXqbyj5s; (d) https://www.youtube.com/watch?v=C4-Lbt8KHkw

    • author
      Author

      admin1 year ago

      Terima kasih dengan pendapat Tuan Zack amat-amat membantu.

    • author

      Wan Chai10 months ago

      adakah anda salesman iriz? proton quality x berubah beb..dulu kini dan selamanya kot mcmtu..aku suka proton sb design cun..enjin kira ok la..kereta lain pun bermasalah juga..tp x la smpi peningkan kepala..jp2 nk hntr SC smpi kerja dan aktiviti harian tergangu..pasal safety pula kalau ada fully safety sekalipun drive mcm haram jadah semua tu sia2 belaka..contoh ESC for stability control..bila time hujan ada juga pemandu memecut laju.sb apa? sb ada Jaminan ESC..tp tau2 dh terbabas..lupakan sejenak tentang safety kereta.mari kita tgk gaya pemanduan kita…adakah kita memandu secara berhemah? adakah kita pembuli jalanraya? adakah kita samseng jalanraya? adakah kita bertolak ansur sewaktu dijalanraya?

  7. author

    Perodua Batu Caves11 months ago

    Salam, terima kasih untuk berguna tuan zack. Saya pn pakai iriz jgak.

  8. author

    Perodua Batu Caves11 months ago

    Salam, terima kasih untuk info berguna tuan zack. Saya pn pakai iriz jgak.

  9. author

    amran10 months ago

    baru cadang nak beli , banyak comment di atas nampaknya kena batal je la.

  10. author

    Suhaimi9 months ago

    Bnyaknya negative….wife mmg berminat sngt ngan design n features yg ada pd iriz ni….pasal masalah2 tu rasanya normal le tu….mana2 kereta pun sama je zaman skrg ni…sy skrg meggunakan mitsubishi asx 2.0…beli dlm 130k….x sampai seminggu, glove box problem fitting x betul…design problem, engine mivec bau hangit bila speed lebih 120km/j, aircond ada bunyi tik tok kadang2….cat body terlalu nipis, kena batu sikit dah kopak….cermin depan senang crack, ramai pengguna asx dah kena…tukar cermin depan je kos 3.5k sbb ada sensor bagai…huhu…setakat masalah pd iriz ngan hrg dlm 40k tu, aku rasa acceptable….belum dengor citer pengguna volkswagen lg…yg pakai gearbox canggih dsg bagai tu..brp ramai dah tersadai kat hiway….huhu….x sabar nak test drive iriz…kbai

  11. author

    Ka7 months ago

    Proton iriz ni kan bab lain tu semua aku suka tah la nk kata ap kdang kdang seram pon ad aq naek ronda dgan member aku piy R&R bagan bukak lagu cam dlam club pon ad sound dia performance handling yg lain semua ok tak tau la nk kata sebab baru keluaq ja 6ber pendaftaran pon PMW tapi satuu ja pasaipa ? ad bunyi kat dalam dashboard darling aku tu cam ad rohh pon ad tpi ianya akan hadir bila on aircond jala . One more aku cukop x suka la bukan nk hina la aku cukop pantang gak sapa hina proton aku ni SC PROTON ni kadng kdg celakak gak perangai cam tahik suka buad serupa org x dak kerja lain ja nk ulang alik gy SC tu

    Please help aku pakai IRIZ 1.6 VVT PREMIUM dh umoq pon baru 18 rimaslha member aq pon dh buad cerita dia kata aku rasa kan time kilang PROTON ni dok process buad kereta hg kan aku rasa ad sorng pekerja diorang maut and then terjatuh waktu nk pasang bumbung ka tertanam dalam dashboard hg ni kowd

Author: 
    author