Sakit Dan Terpaksa ‘Mengesot’ Azmil Mustapha Tetap Ke Surau Bersolat – Kisah Azmil Mustapha

Kisah Disebalik Latar belakang Azmil Mustapha

Sudah lama kita semua tidak mendengar khabar cerita Ali Setan atau pelakon popular sekitar tahun 80an Azmil Mustapha. Beliau kini mengidap penyakit jantung dan sering menjalani rawatan di hospital. Mari kita doakan semoga kesihatan beliau kembali sihat dan dapat memberi lebih perkongsian kepada ramai natizen. Baca penuh Kisah Azmil Mustapha @ Ali Setan yang jarang diceritakan.

Alhamdulillah, kini kita boleh mendengar kuliah yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Azmil Bin Dato’ Mustapha atau dulu pernah dikenali sebagai Ali Setan. Anda boleh mencarinyanya di laman Youtube dengan kata carian "Ceramah Azmil Mustapha"

Video carian "Ceramah Azmil Mustapha"

Beliau yang dulunya belajar di Syria dan kini pulang ke tanahair. Ada pihak menjemput beliau untuk memberi tazkirah di surau. Janggutnya sudah putih melepak dan panjang jauh dari identiti beliau yang dulu.

Dalam perkongsian, beliau menceritakan bagaimana dia berubah menjadi baik. Saya pernah membaca artikel yg sewaktu dia menjadi artis , apabila pulang ke rumah beliau suka menonton bacaan Al-Quran dan terjemahan di TV1 tiap malam sebelum siaran TV tamat. Rasanya bacaan itu tiada lagi sekarang. Hal ni tak pula diceritakan pada hari ini.

Menurut beliau dia mula ingin menjadi baik apabila berkunjung ke New York untk menghadiri bengkel perfileman selama 3 bulan.

Beliau merancang untk tinggal di rumah kawannya di New York. Beliau berjanji untk pergi ke sana pd hari Jumaat tetapi oleh kerana terlalu excited, beliau ke sana pd hari Selasa. Kawannya tak bersedia menerima beliau kerana sepatutnya beliau hadir pd hari Jumaat. Tanpa tempat tuju, beliau menaiki teksi dan menyatakan ingin ke New York.

“New York besar tuan, ke mana ?” tanya pemandu teksi berbangsa Pakistan.
“Saya tak tahu..” jawab Ali Setan.
“Kau ni Orang Islam ke? tanya pemandu teksi.
“Ya. Islam” jawab Ali Setan.
“Kalau aku bawa kau ke Masjid, ok? tanya pemandu.
“Boleh juga” balas Ali.
“Walaupun di Malaysia jarang-jarang ke masjid, di New York ke masjid pula”, kata Ali di dalam hati.

Oleh kerana pd masa itu sudah masuk waktu solat, Si pemandu teksi jg solat di masjid. Ali jg turut sama. Akhirnya Ali dpt menumpang tidur di masjid di New York selama beberapa malam.

Beliau turut solat di sana. Beliau berfikir, bila pulang ke Malaysia nanti beliau ingin berubah menjadi baik. Inilah antara titik perubahan beliau. Untuk perkongsian ilmu pd hari ini.

Beliau berkongsi tujuh perkara yg sunnah yg beliau sendiri telah amalkan. Ianya adalah :

1. Solat Tahajud.
Ustaz Azmil mula solat tahajud apabila terpaksa menjaga anaknya ketika usianya 4 bulan. Ketika itu beliau bercerai dgn isterinya. Anaknya suka bangun pd pukul 3 pagi. Beliau mengambil kesempatan untk solat tahajud dan merasa nikmat solat tersebut.

2. Membaca Al-Quran
Sewaktu waktu dahulu beliau tak pandai membaca Al-Quran. Pada masa itu beliau tak hafal Al-Fatihah. Beliau terpaksa menulis Al-Fatihah dlm tulisan rumi jika ingin solat. Alhamdulillah beliau kini telah hafal banyak surah.

3. Solat Berjemaah di Masjid
Beliau cuba solat 40 waktu di masjid. Banyak dugaan yg dihadapi seperti selepas 30 waktu ada bermacam-macam perkara berlaku seperti birthday mak beliau, sepupu kahwin dsb. Akhirnya beliau berjaya solat 40 waktu dan sekarang tetap melakukannya.

4. Solat Dhuha
Dhuha sebagai anak kunci rezeki. Ustaz Azmil pernah menyimpan sebanyak RM3 juta sewaktu menjadi artis. Duit berkenaan habis dlm masa 2 tahun sahaja. Ketika pergi ke Syria, beliau sudah mengamalkan solat Dhuha.
Duitnya habis selepas 3 bulan setengah, tapi rezeki beliau dan keluarga di sana tak pernah putus. Beliau telah pulang ke Malaysia sebanyak 7 kali dlm masa 3 1/2 tahun. Tidak termasuk ke tempat lain seperti London, Brussel, Dubai, etc.

5. Bersedekah
Adat di Syria ialah guru akan memberi makan / barang kepada anak murid. Ustaz Azmil mengajar bahasa Inggeris di sana kerana beliau fasih berbahasa Inggeris. Selepas kelas di rumah beliau, anaknya akan memasak makanan. Pada suatu hari selepas memasak, semua bahan makanan seperti beras, ayam, dsbnya habis. Alhamdulillah keesokan harinya ada orang menghantar seguni beras dan bahan-bahan masakan lain.

6. Sentiasa Berwuduk
Apabila berwhuduk, malaikat akan berdoa meminta keampunan ke atas orang yg berwudhuk.

7. Sentiasa Beristighfar kepada Allah
Selalulah meminta ampun dan bertaubat kepada Allah agar Allah mengampunkan dosa-dosa kita.

Semoga bermanfaat. FB AZEMI ALI.

Sesungguhnya sholat yang paling berat bagi orang munafik adalah sholat Isya' Dan sholat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, niscaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak. (HR. Al-Bukhari dan Muslim).Demikian jugalah halnya dengan Azmil Mustapha yang baru-baru ini diserang sakit jantung dan kemudiannya dibenarkan keluar hospital. Meskipun masih menjalani rawatan susulan di Hospital Serdang dan masih lemah, namun Azmil tetap menguatkan diri untuk ke surau berdekatan rumah adiknya untuk bersholat.

"Alhamdulillah, Abang Azmil bangun dan rasa lebih sihat dan bertenaga pagi ini. Dia bangun awal dan berkobar-kobar nak ikut saya pegi Surau untuk berjemaah Subuh. Saya cuak jugak nak bawak, but he said "I'm fine".

"Namun sebaik sahaja taslim, Abang Azmil dah tak larat duduk atas kerusi. Dia turun duduk atas lantai, dan kemudiannya terbaring. His breath was laboured and he looked in pain. We let him rest there for a while."Setelah semua jemaah pergi, tinggal lah kami dua beradik dalam surau. Lebih 20 minit juga Abang Azmil cuba mendapatkan balik nafasnya dan tenaganya. Perlahan-lahan dia menghensot ke muka pintu Surau, dan sambung berehat di sana pula. Setelah 10 minit lagi, baru boleh dia bangun perlahan2 dan duduk atas wheelchair untuk perjalanan pulang ke rumah.

"Harap semua dapat terus berdoa untuk kesihatan Haji Azmil dan supaya Allah SWT kembali kan kekuatan dan kudrat, serta mempertingkatkan semangat supaya dapat terus berjuang," ujar adiknya Aziph Mustapha.

Doa kita, moga Azmil diberikan kekuatan dan kesihatan untuk terus meghadapi dugaan Allah SWT. Amin.

Tags: #Azmil Mustapha terkini #Ceramah Azmil Mustapha #Kisah Azmil Mustapha #kuliah Azmil Mustapha

Comments are closed.

Author: 
    author