Saya Bukan Kaki Perempuan Dan Tidak Pandang Pada Kecantikan Wajah Sebelum Bercinta – Zul Ariffin

Mempunyai imej lelaki macho dan bergelar pelakon popular, Zul Ariffin sering  dilabel kaki perempuan oleh sesetengah pihak dan hanya tertarik kepada wanita-wanita cantik.

Namun, Zul bukanlah lelaki sebegitu, buat beliau cantik itu satu bonus tetapi beliau tidak pernah mengukur seseorang wanita begitu apatah lagi jika ingin dijadikan isteri. Apa yang Zul mahukan ialah seorang wanita yang intelektual dan mempunyai hati yang ikhlas.

Zul juga tidak akan pandang wanita hipokrit yang hanya pandai memujuk rayu.

Saya bercakap dari sudut realistik. Kalau datang depan mata ini, 100 wanita yang seksi dan cantik sekalipun jika perangai tak senonoh, baik tak payah bercinta. Solo macam ini pun tak apa, saya sanggup. Merepeklah kalau saya memandang pada kecantikan wajah sebelum nak bercinta. Jauh sekali nak berkira tentang usia, wang ringgit atau apa saja.

Itu semua dah tak penting buat saya. Lainlah yang datang itu wanita mempunyai sekeping hati yang ikhlas untuk menerima segala kekurangan dan kebaikan dan mempunyai pemikiran yang matang. Sebab wanita yang ada kriteria macam itulah yang paling berbaloi untuk saya berhabis segala-galanya dan berhak atas apa jua yang ada pada saya.

Bukan seorang  yang suka untuk memikat wanita, Zul juga sentiasa meletakkan benteng dalam dirinya agar iman lelakinya tidak mudah terpesong dengan godaan wanita sekelip mata.

Sumber Berita : Utusan Online

Tags: #bukan #Gamabar zul ariffin dan zahirah wilson #gambar Zul Ariffin #gosip zul ariffin terkini 2017 #kaki #pandang #perempuan #playboy Zul Ariffin #saya #tidak #zul ariffin biodata #zul ariffin dan ayda jebat bergaduh #zul ariffin dan istri #zul ariffin dan kekasih terbaru #zul ariffin instagram #Zul Ariffin kaki perempuan #zul ariffin umur terkini

Comments are closed.

Author: 
    author