Senarai Skuad Selangor FA Musim 2016 Liga Super Dan Piala AFC

4484 views

SENARAI PEMAIN SKUAD LIGA SUPER SELANGOR YANG DIKEKALKAN UNTUK MUSIM 2016

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan Pengurusan Skuad Liga Super Selangor Darul Ehsan menyedari bahawa perkembangan pasukan ini sentiasa diambil berat dan serius bukan sahaja oleh penyokong setia Selangor khasnya tetapi juga peminat sukan bolasepak tanahair secara keseluruhannya.

Kejayaan menjulang TM Piala Malaysia bagi kali ke 33 telah menambah keterujaan semua pihak tentang hala tuju pasukan ini terutamanya berkaitan senarai pemain yang akan mewakili pasukan ini bagi musim yang akan datang. Situasi ini telah membawa kepada banyak spekulasi dan khabar angin yang tidak terkawal sehingga akhirnya dibimbangi akan menjejaskan keharmonian pasukan.

FAS dan pasukan pengurusan telah meneliti dari setiap aspek dan prestasi pemain sebelum kami memuktamadkan senarai pemain yang akan dikekalkan bagi musim 2016. Ianya satu keputusan yang sukar kerana rata-rata prestasi pemain Skuad Liga Super Selangor dari awal musim sehingga tamat TM Piala Malaysia berada pada tahap yang meyakinkan. Namun, mengambil kira keperluan memantapkan pasukan untuk saingan Liga Super dan Piala AFC tahun hadapan, satu rombakan perlu dilakukan.

Hampir keseluruhan pemain Skuad Liga Super Selangor FA 2015  yang dikekalkan musim 2016 ini telah pun menandatangani kontrak yang ditawarkan manakala pemain-pemain yang tidak dikekalkan akan dimaklumkan bagi mereka menjalani proses perpindahan dengan lancar. Saya yakin berdasarkan prestasi mereka yang cemerlang pasti akan menerima tawaran yang baik dari pasukan-pasukan yang lain.

FAS mengucapkan jutaan terima kasih diatas prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh keseluruhan pasukan dalam musim 2015 ini. Semoga dengan pengumuman ini, sebarang spekulasi dan khabar angin akan terhenti dengan sendirinya dan diharap perancangan pasukan Selangor berjalan lancar bagi menghadapi saingan pada tahun 2016

Y.B. Amirudin bin Shari
Pengurus Pasukan Liga Super Selangor Darul Ehsan

Pemain Tempatan Yg Dikekalkan dalam Skuad Liga Super Selangor FA

Azrif Nasrulhaq
Nazmi Faiz Mansor
Norazlan Razali
Rizal Fahmi
Saiful Ridzuwan
S Veenod
Hazwan Bakri
Sharom Kalam
Bunyamin Omar
Raimi Md Nor
Fitri Shazwan
Abd Hadi Yahya
Azmi Muslim

Pemain Import Skuad Liga Super Selangor FA

Andik Vermansyah
Robert Cornthwaite

Pemain Masuk Skuad Liga Super Selangor FA

Hafiz Kamal - Pahang
R Gopinathan - Pahang
Khairul Azhan - Pahang
Razman Roslan - Pahang

Video Final TM Piala Malaysia 2015 | Selangor Juara | Selangor 2-0 Kedah

Tags: #Pemain Import Skuad Liga Super Selangor FA #Pemain Masuk Skuad Liga Super Selangor FA #Pemain Tempatan Yg Dikekalkan dalam Skuad Liga Super Selangor FA #Pengurus Pasukan Liga Super Selangor Darul Ehsan #Senarai Skuad Liga Super Selangor FA Musim 2016 #Skuad Liga Super Selangor FA 2015 #Video Final TM Piala Malaysia 2015