Shila Amzah Rangkul Anugerah Artis Wanita Paling Popular Di Hong Kong Dan Taiwan

Tahniah kepada Shila Amzah kerana telah melakar sejarah tersendiri baru-baru ini selepas memenangi anugerah Artis Wanita Paling Popular di Hong Kong dan Taiwan melalui program carta, "Music Pioneer List".

shila amzah win

Nama Shila semakin meledak di negara yang menuturkan bahasa Cina seperti China, Taiwan, Singapura dan terbaharu, Hong Kong.

Baru-baru ini juga Shila telah melancarkan single keduanya untuk album berbahasa Mandarinnya. Single bertajuk Zaijian yang bermaksud Selamat Tinggal bakal dimuatkan dalam album Mandarin yang akan dipasarkan pada 2016.

Dengarnya ia merupakan kesinambungan kepada single pertamanya, Zaijian Bu Zaijian dan dikatakan diinspirasikan daripada kisah cinta penyanyi itu sendiri. Lagu Zaijian ini diterbitkan oleh penerbit terkenal Kelvin Avon dan juga komposer serta penyanyi hebat, Jun Kung.


Apa pun, tahniah kepada Shila kerana telah menawan begitu ramai peminat dan tak keterlaluan mengatakan telah menjadi permata hati Asia!

Sumber: The Hive Asia

Tags: #Shila Amzah Rangkul Anugerah Artis Wanita Paling Popular #Shila Amzah wins Music Pioneer List #Zaijian Bu Zaijian Shila Amzah