Siapa Amir Syazwan Juara AF 2016 Dan Penghibur Hebat Disebalik Akademi Fantasia

af

Akademi Fantasia 2016 telah menutup kuliahnya pada 9-10-2016. Juara #AF2016 telah dinobatkan kepada Amir Syazwan Masdi, 20 tahun di Konsert Akhir yang berlangsung di Auditorium Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Apa yang hendak diperkatakan kali ini pihak pengundi telah mengundi dengan betul. Sememangnya tepat Amir bergelar juara kerana mempunyai kehebatan suara yang amat luar biasa. Namun tidak dilupakan kepada lain-lain pelajar seperti Reshma dan Amal. Saya yakin mereka mempunyai masa depan yang cemerlang.

Biodata Amir Syazwan Juara AF 2016

siapa-amir-syazwan-juara-af-2016

Nama: Amir Syazwan Masdi (Amir)
Umur: 20 Tahun
Asal: Bendera SelangorSelangor
Pekerjaan: Tidak bekerja (pelajar)
Tentang Diri: Pelajar di UNITEN dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dan perwatakan seorang yang pemalu

Penghibur Bintang Akademi Fantasia

Jika mahu disingkap Akademi Fantasia berjaya melahirkan penghibur yang hebat antaranya

hafiz-suip

Hafiz Suip (#AF7)
Hafiz AF7 atau kini lebih dikenali sebagai Hafiz Suip boleh dikatakan bekas pelajar Akademi Fantasia yang paling berjaya. Bekas juara AF musim ke-7 ini pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu (AJL) dua kali iaitu sewaktu AJL26 (Awan Nano) dan AJL28 ( Bahagiamu Deritaku).

 

stacy-af

Stacy (#AF6)
Stacy Anam adalah merupakan juara AF musim ke-6. Walaupun tidak pernah menjuarai AJL namun Stacy seringkali muncul untuk bersaig merebut gelaran tersebut. Antara lagu Stacy yang muncul di AJL termasuklah ‘Aku Gila’ (AJL29) dan ‘Pelangi Senja’ (AJL27).

 

akim-ahmad

Akim Ahmad (#AF7)
Akim adalah pemenang tempat ketiga untuk AF musim ke-7. Akim datang dari musim yang sama Hafiz Suip menjadi juara. Akim kini telah bergerak dalam kumpulan dan bergelar ‘Akim & The Majistret’. Lagunya Mewangi dan Potret telah menaikkan rating beliau. Akim kini juga dikenali sebagai komposer.

 

aizat-af-dan-kucing

Aizat Amdan (#AF5)
Aizat sememangnya penyanyi yang berbakat. Walaupun tidak mendapat tempat sewaktu AF musim ke-5, namun Aizat terus bergerak maju dengan menghasilkan muzik sendiri dan juga dia berjaya menurunkan berat badan. Pernah memenangi banyak anugerah (AJL24 – Pergi) dan AIM dalam beberapa pencalonan.

 

asmawi-ani-af

Mawi (#AF3)
Fenomena Tsumawi adalah yang terbesar pernah berlaku dalam sejarah AF. Walaupun tidak tersenarai 12 calon utama AF3, namun rezeki menyebelahi Mawi apabila dia diserap masuk ketika konsert pertama bersama Marsha Milan Londoh. Populariti Mawi berterusan hingga dia dinobatkan sebagai Artis Paling Popular ABPBH beberapa kali.

Mawi kini berkecimpung dalam dunia perniagaan dan penerbitan. Kehebatan yang dikecapi Asmawi Ani baik semasa AF dan selepas itu adalah sesuatu yang amat luarbiasa.

 

hazama-af

Hazama (#AF9)
Hazama merupakan juara AF9. Dia yang pernah tersenarai untuk Konsert Prelude AF4 namun tidak berjaya untuk tersenarai sebagai 12 pelajar di musim tersebut. Hazama pernah berganding dengan kumpulan Meet Uncle Hussain dan akhirnya menyertai AF9. Dua kali tercalon untuk AJL, Hazama masih kekal aktif dalam industri ini.

Begitulah serba ringkas disebalik fenomena Akademi Fantasia yang disiarkan bermula Jun 2003 sehinggalah kini.

Tags: #Aizat Amdan AF5 #Akim Ahmad AF 7 #Amir Syazwan Juara AF 2016 #Amir Syazwan Masdi #Astro Akademi Fantasia #Biodata Amir Syazwan Juara AF 2016 #Hafiz Suip AF 7 #Hazama AF9 #Mawi AF3 #Penghibur Bintang Akademi Fantasia #Sejarah Akademi Fantasia #Stacy AF6