Siapa Menteri Kanan Yang Letak Jawatan? Capaian Live Streaming AWANI Naik Mendadak

[ad_1]

KUALA LUMPUR: Tweet terbaharu Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mencetuskan pelbagai tanda tanya di media sosial hari ini.

Dimuat naik sekitar pukul 6.42 petang tadi, tweet tersebut terkandung kenyataan berbaur khabar angin berkenaan perletakan jawatan seorang menteri kanan.

Menurut Azmin, perletakan jawatan menteri kanan tersebut didakwa kerana enggan bersubahat dengan kontroversi yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Walaupun Azmin tidak menjelaskan dengan terperinci siapakah menteri kanan tersebut, rata-rata netizen mula menyebarkan tweet tersebut bagi mendapatkan kebenaran.

Sementara itu, portal Astro AWANI menerusi pautan live streaming TV menerima capaian mendadak sekitar waktu yang sama tweet tersebut dimuat naik.

Astro AWANI sering menjadi tumpuan apabila berlakunya sesuatu berita tergempar di dalam negara.
Capaian penonton live streaming Astro AWANI naik mendadak - Astro AWANI

Incoming search terms:

[ad_2]

Tags: #JAWATAN #kanan #letak #Menteri #Siapa #yang