Siapa Yang ISIS Serang Di Paris?

970 views

#Keganasan Berdarah Di Paris

#Islamic State of Iraq and Syria (ISIS)

#IslamicStateofIraqandSyria

Paris : Presiden Perancis Francois Hollande menuding kelompok Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) berada di balik serangan yang mengorbankan 129 orang di Paris pada Jumat (13/11/2015) malam. Bahkan Hollande menyebut serangan itu sebagai 'suatu aksi perang'.

"Ini satu tindakan perang ... yang dilakukan oleh pasukan pengganas, Islamic State, melawan Perancis, melawan ... apa yang kita sebut, sebuah negara bebas," kata Hollande seperti dilaporkan AFP, Sabtu (14/11/2015).

ISIS pun mengaku sebagai kumpulan yang bertanggung jawab di balik serangan berdarah itu. Bahkan ISIS tetap menjadikan Perancis sebagai sasaran utama.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh Reuters, Minggu (15/11/2105), ISIS menyatakan serangan Jumat (13/11) malam itu direka untuk menunjukkan Perancis tetap dalam keadaan bahaya. Jika tak mahu jadi terget ISIS, Perancis perlu mengubah budi bicara.

Ada enam lokasi yang diserang kumpulan pengganas pada Jumaat lalu. Lokasi serangan dengan korban terbanyak yakni 89 terbunuh adalah Bataclan. Bataclan adalah tempat persembahan kesenian yang berprestij dan legenda dengana kapasiti 1,500 tempat duduk.

Bataclan terletak di 50 boulevard Voltaire di arrondissement ke-11 Paris, Perancis. Dibina pada tahun 1864 dan baru dibuka pada tarikh 3 Februari 1865.

Bangunan yang direka oleh Charles Duval bergaya Chinoiserie atau gaya klasik natural yang abadi. Dahulu bangunan ini menjadi tempat persembahan tarian.

Dihimpun dari pelbagai sumber, Bataclan dahulu dimiliki oleh orang Yahudi bernama Pascal dan Joel Laloux. Namun selepas 40 tahun mereka mempunyai, bangunan tersebut dijual pada September 2015.

Bataclan juga pernah menjadi sasaran orang-orang anti Israel. Orang-orang tersebut menganggap, Bataclan merupakan tempat yang sering dipakai untuk acara-acara pro-Israel.

Lokasi kedua yang diserang kumpulan pengganas adalah stadium bola Stade de France. Tiga bom meletup di luar stadium semasa berlangsung pertandingan bola sepak persahabatan antara kesebelasan nasional Perancis menentang Jerman.

Seorang penyampai radio Pierre Janaszak mengaku mendengar seorang penyerang mengucapkan sebuah kalimat sambil menembak. "Ini kesalahan Hollande, ini kesalahan presidenmu, tak seharusnya dia mencampuri urusan Syria," kata Janaszak menirukan ucapan sang pengganas seperti dikutip AFP, Minggu (15/11/2015).

La Belle Equipe Restaurant menjadi lokasi ketiga yang diserang kumpulan pengganas. Di tempat ini terdapat 18 orang terbunuh akibat serangan tersebut.

Kumpulan pengganas juga menyerang Petit Cambodge and Le Carrillon restaurants, Casa Nostra Pizzeria dan Boulevard Voltaire yang hanya berjarak ratusan meter dari Bataclan.

Apa sebenarnya yang ingin diserang ISIS di Paris?

Tags: #Boulevard Voltaire attack #Casa Nostra Pizzeria #Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) #IslamicStateofIraqandSyria #Keganasan Berdarah Di Paris #La Belle Equipe Restaurant #Le Carrillon restaurants #stadium bola Stade de France