Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama MyDeposit Sudahkah Anda Mendaftar?

1909 views

Sudahkah Anda berdaftar dengan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit)? Caranya mendaftar #MyDeposit agak mudah dan tidak terlalu rumit. Ikuti Panduan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) disini.

Panduan Daftar MyDeposit Skim Pembelian Rumah Pertama

Panduan Daftar MyDeposit Skim Pembelian Rumah Pertama

Ikuti Berita tentang MyDeposit dan tujuannya.

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Perumahan Negara (MPN) bersetuju memulakan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) dilaksanakan hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata skim berkenaan akan membantu golongan berpendapatan sederhana (M40) yang berpendapatan isu rumah antara RM3,000 hingga RM10,000.

Beliau berkata, pemberian sumbangan 10 peratus daripada harga jualan atau maksimum RM30,000 (yang mana lebih rendah) kepada pembeli pertama untuk membantu mereka membeli rumah berharga RM80,000 hingga RM500,000.

"Pemohon boleh membuat permohonan atas talian untuk skim ini mulai hari ini menerusi laman web Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Objektif Utama Skim MyDeposit Dilaksanakan

Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) membantu golongan pertengahan memiliki rumah idaman. Kerajaan peruntukkan kuota RM 200 juta sebagai sumbangan bayaran deposit bagi pembelian rumah pertama oleh satu isi rumah.

Syarat Kelayakan Skim MyDeposit 2016 Beli Rumah Pertama

Warganegara Malaysia berumur 21 tahun keatas dan tiada had maksima umur
Tidak pernah memiliki atau membeli rumah
Pendapatan kasar RM10,000 dan ke bawah sebulan. Pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan atau perniagaan (upah, gaji, komisyen, bonus, elaun dan lain-lain) ;
Pemohon mestilah mempunyai kelayakan untuk membuat pinjaman perumahan dengan mana-mana institusi pembiayaan.
Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan tempoh 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang hendak dibeli.

Kriteria Pembelian Skim MyDeposit Rumah Pertama

Pembelian projek perumahan yang dibenarkan dibawah Skim MyDeposit ini adalah seperti berikut :

    • Projek perumahan baharu yang berlesen atau perumahan pasaran sekunder (subsale).
    • Harga pembelian adalah RM500,000 dan ke bawah
    • Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi insentif dana Kerajaan.

Fakta Skim MyDeposit 2016 Rumah Pertama Tidak perlu mengeluarkan deposit untuk beli rumah.Membantu golongan berpendapatan sederhana (M40) yang mempunyai pendapatan isi rumah antara RM3,000 hingga RM10,000.
pemberian sumbangan 10 peratus daripada harga jualan atau maksimum RM30,000(mana lebih rendah) kepada pembeli rumah pertama adalah untuk membantu mereka membeli rumah berharga RM500,000 ke bawah.

>>Klik di sini Untuk Panduan Pendaftaran Skim MyDeposit 2016<<

Tags: #jabatan Perumahan Negara #MyDeposit #Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama #Syarat Kelayakan Skim MyDeposit 2016 #The First Home Deposit Funding Scheme

  1. author

    MySemakan1 year ago

    salah satu kemudahan buat orang ramai yang berminat

Author: 
    author