Suara Basker Demi Solidariti Rohingya

38 views

[ad_1]

SYED Amran Al Yahya bukan nama asing bagi peminat muzik jalanan. Hampir dua dekad mengadakan persembahan jalanan di Jalan Petaling , Pasar Seni, Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abdul Rahman – imej penyanyi ini familiar di kalangan peminat seni jalanan.

Sejak dua tahun lalu, Syed Amran aktif mengadakan siri persembahan jalanan dengan pelbagai tema kemanusiaan. Antaranya Busking4Cancer tahun lalu.

Kini dengan fokus lebih besar, Syed Amran memulakan langkah mengadakan persembahan jalanan bertemakan Basking4Rohingya.

buskerrr

Tema ini bakal berarak ke bandar-bandar utama seluruh negara. Bermula di Sogo Kuala Lumpur, Sabtu lepas – selain persembahan lagu-lagu bertema kemanusiaan, Busking4Rohingya turut mengutip dana untuk disumbangkan kepada badan berkaitan aktiviti kemanusiaan.

“Saya mulakan di Dataran Sogo dan kutipan ini untuk dana Rohingya. Saya akan mengelilingi semua bandar besar untuk kempen ini,” kata Syed Amran.

Kehadiran 200 penonton di depan Sogo sejak 4.00 petang ternyata membanggakan.

“Suara solidariti Rohingya harus dikembangkan ke merata tempat. Kita kena hidupkan. Dari akhbar ke televisyen dan radio, kita semua ada peranan untuk terus meniupkan kesedaran awam,” katanya.

Suara Basker Demi Solidariti Rohingya

Syed Amran adalah komposer dan penyanyi Selamat Malam Rohingya – lagu yang sering berputar di radio dan dijadikan lagu tema kempen untuk projek amal tersebut.

Selain itu, Syed Amran dikenali sebagai komposer lagu Biasan nyanyian To’ki.

Syed Amran dijangka mengunjungi Johor Bahru, Seremban dan Melaka dalam siri pertama Busking4Rohingya. – Mynewshub.cc

[embedded content]

[ad_2]

Tags: #basker #demi #Rohingya #solidariti #suara