Lagi Tanah Runtuh Di Lebuhraya Karak – Lentang-Bukit Tinggi

604 views

Laluan kedua-dua arah di Lebuhraya Karak terhalang dan sesak teruk akibat kejadian tanah runtuh.

"Ia berlaku di KM52.2 di Bukit Tinggi. Ia banjir lumpur. Jadi laluan di kedua-dua arah terhalang akibat tanah runtuh," kata juruhebah trafik Kumpulan Radio Star, Priscilla Patrick.

Buat masa ini, trafik menghala ke Kuala Lumpur terhalang sepanjang 3km dengan kesesakan sepanjang 1km menuju ke Bentong.

"Saya baru sahaja bercakap dengan pegawai. Terdapat beberapa kereta yang terperangkap dalam insiden itu, jadi keadaan nampak teruk. Ia tidak akan dibersihkan sehingga tengah malam, saya fikir ia akan berterusan sehingga pagi," katanya.

Sebagai laluan alternatif, pengguna jalan raya boleh keluar di Bukit Tinggi atau Bentong atau menggunakan jalan utama untuk mengelak kesesakan.

Ketika dihubungi, seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang mengesahkan terdapat empat kenderaan terperangkap dalam insiden itu tetapi kesemua penumpang berjaya keluar menyelamatkan diri.

Kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

mStar juga melaporkan..

KUANTAN: Ketua Polis Bentong Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor mengesahkan insiden tanah runtuh di Km 52.4 berhampiran Lentang-Bukit Tinggi tidak melibatkan kehilangan nyawa.

"Kerja pembersihan telah dimulakan pada jam 8 malam," katanya.

Sementara itu, Anih Berhad dalam satu kenyataan berkata laluan di kedua-dua arah ditutup sebagai langkah keselamatan dengan keadaan cuaca dilaporkan masih hujan.

Pengguna dari arah Kuala Lumpur diminta supaya menggunakan jalan alternatif laluan dalam di Bukit Tinggi atau Kawasan Rehat Lentang, manakala pengguna dari arah Kuantan boleh menggunakan jalan dalam dari Bentong Timur.

Terdahulu, sebahagian laluan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ditutup kepada pengguna ekoran kejadian tanah runtuh di Km 52.4 berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada pukul 7.18 malam Rabu.

Tags: #Kawasan Rehat Lentang #Lebuhraya Karak tanah runtuh