Tarikh Bayaran Bantuan RM100 Persekolahan Sesi 2016

2317 views

Tarikh pembayaran bantuan RM100 kepada pelajar sekolah sesi persekolahan sesi 2016. Seperti yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak dalam Bajet 2016, semua pelajar Sekolah Rendah dan Menengah akan menerima bantuan awal persekolahan berjumlah RM100. Pembayaran akan dibuat pada 15 Januari 2016 secara berperingkat diseluruh sekolah di Malaysia. Bagaimanapun, bantuan persekolahan RM100 adalah terhad kepada calon yang mempunyai ibu bapa berpendapatan isi rumah RM3,000 dan kebawah sahaja. Bantuan persekolahan 2016 ini dijangka dapat dimaanfatkan kepada 3.5 juta pelajar dengan peruntukan sebanyak RM350 juta.

bajet-2016-bantuan-persekolahan

Tarikh Pembayaran Bantuan RM100 Persekolahan Sesi 2016

Tarikh Bayaran: Dibayar mulai 15 Januari 2016

Jumlah Bantuan: RM100

Syarat Khusus: Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM100, kepada mereka yang penjaganya berpendapatan bawah RM3,000. Penjaga berpendapatan isi rumah RM3,000 dan keatas tidak layak untuk menerima bantuan persekolahan RM100.

Tags: #bantuan #bayaran #persekolahan #rm100 #sesi #TARIKH