Tarikh & Syarat Baharu Baucar Buku 1Malaysia BB1M 2016

Posted on

Tarikh pengagihan dan syarat baharu Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) sesi 2016. Kerajaan seperti dalam Bajet 2016 telah mengetatkan syarat baharu penggunaan Baucar Buku 1Malaysia. Mulai tahun 2016, BB1M hanya boleh ditebus dikedai buku yang diiktiraf sahaja dan tidak boleh ditebus di mana-mana kedai buku yang tidak di iktiraf. Syarat khusus ini bertujuan supaya pelajar IPT tidak menyalahgunakan Baucar Buku tersebut. Tambah kenyataan Dato Seri Najib Razak, bayaran BB1M 2016 adalah kekal berjumlah RM250 dan dijangka dapat dimanfaatkan kepada 1.2 juta pelajar institusi pengajian tinggi diseluruh negara.

baucar-buku-2016

Tarikh & Syarat Baharu Baucar Buku 1Malaysia BB1M 2016

Tarikh Pengagihan: Akan diagihkan secara berperingkat mulai Januari 2016

Jumlah BB1M: RM250 ( 5 Keping Baucar BB1M)

Syarat Baharu: Hanya boleh ditebus di Kedai Buku Di Iktiraf Sahaja