Terbaru Video Pekerja Bangla Dipukul Majikan Bertubu-tubi Dengan Kayu

328 views
Majikan Pukul Pekerja Asing

Majikan Pukul Pekerja Asing

Paling memalukan. Tindakan majikan yang memukul dengan suka hati ibarat taiko besar. Minta pihak bertangungjawab membuat tindakan segera.

Video seorang lelaki yang dipercayai warga asing dipukul bertubi-tubi dengan kayu viral di media sosial sejak malam tadi.

Video berdurasi 51 saat itu telah ditonton lebih 88,000 kali dan menerima lebih 4,000 shares di laman Facebook.

Berdasarkan video, lelaki warga asing itu merayu-rayu agar lelaki berbaju biru dipercayai majikannya tidak memukulnya. Namun, rayuannya tidak diendahkan lalu dipukul bertubi-tubi tanpa sebarang belas kasihan sementara seorang lagi lelaki yang memakai baju Bersih 5 hanya melihat mangsa dipukul.

Tiada akta yang membenarkan majikan melakukan seperti ini.

“Habis kerja, boleh main? CCTV tak ada, you cakap?” kata lelaki itu sebelum menyambung memukul mangsa dengan kayu dengan kuat sehingga meninggalkan kesan pada dinding bilik.

Di media sosial, netizen mengutuk tindakan kejam dua lelaki berkenaan yang dianggap tidak berperikemanusian dan memperlakukan mangsa seperti hamba abdi.

“Dia salah apa sekali pun, tiada keperluan untuk dipukul dengan teruk seperti itu. Ini zaman moden, tiada lagi istilah hamba abdi. Semua orang kerja makan gaji. Mohon polis ambil siasat dan ambil tindakan terhadap dua lelaki berkenaan,” kata netizen.

Tonton Video Viral Warga Asing dipukul Majikan bertubi-tubi dengan Kayu!!!

Tags: #bangla #dipukul #majikan #Pekerja #terbaru #Video