Terkini Gambar Dan Video Kemalangan Konkrit Runtuh Di Pembinaan KL Eco City Bangsar

konrit-runtuh-di-kl-eco-city

KUALA LUMPUR – KL Eco City Bangsar, Seorang pekerja buruh warga asing maut manakala sekurang-kurangnya lima cedera apabila struktur sebuah bangunan dalam pembinaan berhampiran Apartmen Abdullah Hukum di Jalan Bangsar runtuh petang ini.

Tiga pekerja binaan dilaporkan kritikal selepas binaan konkrit setinggai bangunan dua tingkat runtuh di kawasan pembinaan di KL Eco City Bangsar petang ini.

bangunan runtuh Abdullah Hukum KL ECO City

bangunan runtuh Abdullah Hukum KL ECO City

Difahamkan dua lagi mangsa masih belum lagi dapat dikeluarkan akibat tersepit dengan runtuhan.

Jurucakap bomba berkata, ketiga-tiga mangsa berkenaan telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rawatan awal.

Operasi menyelamat melibatkan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Seputeh dan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 3.33 petang.

struktur-sebuah-bangunan-runtuh-abdullah-hukum-kl-eco-city-2

"Konkrit berkenaan runtuh daripada tingkat dua sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan, setakat ini terdapat dua lagi mangsa yang tersepit dan sedang dikeluarkan daripada runtuhan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata semua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan dan pihaknya juga masih menjalankan kerja-kerja mencari sekiranya terdapat lebih ramai mangsa terlibat. – Bernama

eco-city-runtuh

struktur-sebuah-bangunan-runtuh-abdullah-hukum-kl-eco-city-3 struktur-sebuah-bangunan-runtuh-abdullah-hukum-kl-eco-city-4 struktur-sebuah-bangunan-runtuh-abdullah-hukum-kl-eco-city-5

 

Tags: #Konkrit Runtuh di Pembinaan KL Eco City Bangsar