Terkini Peminjam PTPTN Tidak Boleh Beli Kereta Dan Rumah

302 views

Kerajaan terpaksa bertindak keras dengan peminjam daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (#PTPTN) demi menyelamatkan tabung PTPTN untuk pemimjam seterusnya. Walaupun berita ini perit untuk ditelan tetapi itulah hakikat sebenar yang terpaksa diterima oleh sebahagian peminjam PTPTN. Hutang mesti dijelaskan walau apa cara sekalipun.

Peminjam yang gagal untuk membuat bayaran balik pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini berdepan dengan kesukaran mendapatkan pinjaman bank untuk membeli kenderaan atau hartanah.

KUALA LUMPUR: Seramai 1,574,700 peminjam yang gagal membuat bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah disenaraikan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) sehingga 10 November lalu.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching berkata, nilai keseluruhan pinjaman berjumlah RM32.07 bilion.
Menurutnya, CCRIS bukan satu mekanisme bagi PTPTN untuk menyenaraihitamkan peminjam tegar yang enggan membayar pinjaman seperti tanggapan sesetengah pihak.
"Namun rekod bayaran balik pinjaman dalam CCRIS adalah amalan terbaik semua institusi kewangan bagi memastikan peminjam membuat bayaran balik secara teratur," katanya pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Ng Chiang Chin mengenai insentif diskaun yang ditawarkan dalam Bajet 2017 dan jumlah terkini pinjaman yang diberikan PTPTN.
Mary Yap berkata, PTPTN telah memberi pinjaman kepada 2.6 juta peminjam sehingga mereka tamat belajar melibatkan peruntukan berjumlah RM59.67 bilion sehingga November lepas.
"Bagi tempoh sama juga, PTPTN menerima bayaran balik sejumlah RM10.07 bilion daripada 1.2 juta peminjam berbanding RM18.84 bilion yang sepatutnya dikutip daripada 1.9 juta peminjam," katanya.
Sumber Bernama
Antara lain,
Hal ini demikian kerana nama peminjam dimasukkan ke dalam pangkalan data berkomputer CCRIS untuk disenaraihitamkan.

Malah, tindakan itu turut dikenakan kepada peminjam yang tidak konsisten dalam membuat pembayaran balik pinjaman.

Perkara itu disahkan oleh oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN (Dasar dan Operasi) Mastura Mohd Khalid apabila memberitahu, langkah itu diambil ekoran kadar pembayaran semula pinjaman yang diterima PTPTN amat rendah pada Februari.

“Kami memerlukan mereka untuk membuat pembayaran balik secara konsisten kerana kami hanya berjaya mengutip RM7.5 bilion dari RM15.8 bilion.

“Kita memerlukan RM5 bilion setiap tahun untuk membiayai pelajar untuk pengajian tinggi mereka,” katanya lapor The Sun.

Perkara tersebut turut diakui jurujual Proton dan Perodua apabila memberitahu, jualan kenderaan mereka turut terjejas selepas banyak permohonan pinjaman ditolak oleh pihak bank, meskipun jenama kenderaan itu sentiasa menjadi pilihan utama graduan.

Sementara itu, Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) memberikan respon, rekod pembayaran balik yang lemah dari pinjaman sebelum akan memberikan implikasi buruk kepada permohonan baru.

 

Tags: #Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional #PTPTN #semak CCRIS ptptn