Tiada Menteri Letak Jawatan – PM Najib

89 views

[ad_1]

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan terdapat menteri yang memaklumkan kepada beliau untuk meletak jawatan.

“Tiada menteri yang maklumkan kepada saya untuk meletak jawatan. Saya andaikan Azmin berbohong untuk mencetuskan kekecohan kecuali dia mendedahkan nama (menteri),” kata beliau di laman Facebook dan Twitter miliknya malam ini.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali sebelum ini mencetuskan pelbagai tanda tanya di media sosial hari ini menerusi tweetnya.

Dimuat naik sekitar pukul 6.42 petang tadi, tweet tersebut terkandung kenyataan yang mendakwa peletakan jawatan seorang menteri.

Menurut Azmin, perletakan jawatan menteri kanan tersebut didakwa ada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Walaupun Azmin tidak menjelaskan dengan terperinci siapakah menteri kanan tersebut, rata-rata netizen mula menyebarkan tweet tersebut bagi mendapatkan kebenaran.

[ad_2]

Tags: #JAWATAN #letak #Menteri #Najib #Tiada