Tips Pemanduan Dan Penjagaan Kereta Wajib Untuk Semua Pemandu

2144 views

Tip pemanduan untuk pulang bercuti atau untuk perjalanan yang jauh. #‎alza‬ ‪#‎axia‬ ‪#‎myvi‬ #proton

Tips Pemanduan dan Penjagaan Kereta

Tips Pemanduan dan Penjagaan Kereta

Semua maklum pemandu kenderaan mahukan perjalanan yang selesa, selamat dan cepat. Namun, kerosakan ketika dalam perjalanan memang tidak dapat dielakkan.

Bagaimanapun, pemeriksaan yang sempurna dan berkala boleh membantu mengurangkan risiko kerosakan di jalan raya dan menjadikan perjalanan anda lebih panjang dan budget anda berkurang.Dikongsikan beberapa tip pemanduan yang perlu kita amalkan supaya perjalanan menjadi lebih ceria, selamat dan sempurna.

# Periksa kenderaan secara berkala bagi memastikan jentera berada dalam keadaan terbaik. Sebaiknya ikutilah jadual penyelenggaraan yang disarankan pengeluar seperti tempoh penukaran minyak enjin, brek, cecair stereng kuasa dan bendalir transmisi automatik. Juga diingatkan supaya memeriksa tahap air radiator setiap masa.

# Melakukan penalaan (engine tuning) terhadap enjin kereta bagi penggunaan bahan api lebih konsisten.

# Periksa semua tali sawat (TIMING BELT) sama ada terdapat rekahan dan ganti sekiranya perlu.

# Periksa tekanan angin tayar termasuk tayar gantian. Tekanan angin tayar yang betul boleh menjimatkan penggunaan bahan api.

# Sensitif dengan sebarang bau pelik daripada enjin seperti hangit atau petrol.

# Pastikan kenderaan dihantar ke pusat servis bertauliah supaya sebarang masalah mendatang boleh dirujuk kepada proses penyelenggaraan terdahulu.

# Pandu menggunakan gear tertinggi apabila melalui lebuh raya kerana paling rendah kedudukan gear bermakna penggunaan bahan api semakin tinggi.

# Jangan memecut atau memberhentikan kenderaan secara terburu-buru kerana boleh menyebabkan enjin terpaksa menggunakan bahan api lebih banyak.

# Berkongsi kereta jika perlu untuk lebih jimat dan mengelakkan kesesakan jalanraya.

# Jangan membuka tingkap terlalu luas ketika memandu dengan kelajuan tinggi kerana akan menyebabkan penggunaan bahan api lebih cepat.

# Jangan menghidupkan enjin sekiranya berhenti dalam tempoh masa lama.

# Rancang perjalanan dan elakkan memandu ketika waktu puncak.

Tips Pemanduan dan Penjagaan Kereta seterusnya.

Amalan Asas Wajib bagi Pemandu tidak kira apa jenis kereta.

 

penjagaan minyak enjin kereta

penjagaan minyak enjin kereta

A. Penjagaan Minyak Enjin
Seminggu sekali kalau boleh, periksa lampu brek ketiga dan semua lampu brek. Pastikan ia berfungsi. Buka bonet enjin, buka penutup bateri dan periksa air bateri. Pastikan ianya berada pada aras antara minimum dan maksimum. Buka penutup minyak brek (Botol besar dekat body di hadapan pemandu dalam bonet enjin), pastikan minyaknya mencukupi. Cari jarum pemeriksa minyak enjin. Untuk Kancil ia ada di bahagian depan dekat belt yang bergerak kalau enjin hidup (pemegang warna kuning). Cabut dan lapkan minyak di jarum tersebut dan kemudian masukkan kembali jarum tu. Bilang sampai lima dan cabut kembali. Minyak mesti berada pada aras di antara minimum dan maksimum. Kalau bawah daripada minimum, masukkan sedikit minyak enjin sehingga ke paras yang saya katakan tadi. Untuk kereta auto, cari jarum yang lebih kurang sama bentuknya tapi berada di sebelah yang bertentangan dengan jarum yang pertama (untuk periksa minyak gear box). Lakukan perkara yang sama seperti yang pertama.

panduan penjagaan tayar

panduan penjagaan tayar

B. Penjagaan Tayar
Sebulan sekali, pergi ke pam minyak dan periksa tekanan tayar. Tekanan yang sesuai ada dicatatkan di bahagian dalam tiang B (tiang antara pintu depan dan belakang) sebelah pemandu. Periksa juga tekanan tayar simpanan. Setiap 3 bulan (kalau setiap hari guna kereta untuk ke tempat kerja, pergi ke kedai tayar dan rotate tayar mengikut aturan yang sesuai. Jika tayar anda sudah hampir botak, pergi ke kedai tayar dan tukar secepat mungkin. Tayar depan lebih penting kerana kawalan kereta bergantung padanya. Untuk periksa harga tayar, boleh tengok2 di laman web lelong.com.my atau pergi je kedai tayar buat survey dulu baru tukar. Jangan sampai kena tipu beli tayar celup.
Setiap 5,000 km pergi ke workshop, tukar minyak enjin (jika gunakan minyak biasa), tukar penapis minyak (oil filter) setiap 2 kali tukar minyak enjin dan tukar plag setiap 3 kali tukar minyak enjin. Kalau kereta model lama (kancil 660 sehingga 1996) yang pakai “Petnam” atau contact point, suruh mekanik cuci contact point setiap 3 kali tukar minyak enjin dan tukar setiap 9 kali tukar minyak injin. Kalau nak buat sendiri pun boleh. Pergi kedai hardware, beli strap wrench atau cup wrench untuk buka oil filter kereta anda. Beli oil filter dalam RM10, minyak hitam shell helix sudah memadai untuk prestasi yang baik dengan harga RM43 untuk botol 3 liter bagi kenderaan bersaiz kecil seperti kancil dan 4 liter untuk kereta bersaiz besar.

C. Cuci Kereta
Digalakkan setiap bulan anda hantar kereta anda ke kedai cuci kereta atau car wash. Ini penting bagi memastikan semua tempat dalam kereta anda bersih dan kereta anda lambat nampak buruk ditelan masa.
Sayangi kereta anda, jaga kereta anda..

D. Penjagaan Bateri Kereta

Penjagaan bateri kereta sangat penting untuk memastikan jangka hayat bateri kereta panjang dan ia juga dapat memastikan perjalanan yang selamat. Bateri kereta terbahagi kepada dua

1) Bateri Kering
2) Bateri Basah

Tempoh biasa jangka hayat untuk bateri basah boleh mencecah 3-4 tahun manakala bateri kering pula 2 tahun. Dengan penjagaan yang elok, jangka hayat bateri boleh dipanjangkan dan kos yang tinggi untuk menukar bateri baru juga dapat dielakkan.

Bagaimana cara untuk menjaga bateri kereta supaya tahan lama?

1- Bagi bateri basah, pastikan tahap sukatan air bateri (asid sulfurik) sentiasa diperiksa supaya tidak kering.
Tidak bagi bateri kering kerana ianya “Free Maintenance”. Apa yang perlu dilihat pada bateri kering ialah penunjuk cas bateri, “jika ianya hijau – OK : Jika ianya hitam – KO” ini bermakna bateri anda perlu ditukar dengan segera.

2- Pastikan wajar penyambungan pada bateri dicabut jika anda ingin meninggalkan kereta untuk jangka masa yang lama bagi mengelakkan penyambungan cas berlaku.

3- Elakkan tombol terminal positif/negatif berkarat atau ada serbuk putih. Cara untuk mengelakkan dengan menyapukan gris atau bersihkan dengan natrium karbonat (baking powder) kemudian bilas dengan air panas. Cara paling mudah adalah spray dengan silikon anti-karat.
E. Penjagaan Stereng Kereta
Tayar Haus Antara Punca Kenderaan Bergetar.Ada ketikanya pemandu kereta tidak selesa apabila stereng yang dipegang bergetar dan tidak stabil kerana berat ke sebelah kiri atau kanan. Lebih merisaukan apabila seluruh badan kereta ikut bergetar.

Apabila berhadapan dengan keadaan ini, antara sebab utama kerosakan yang berlaku diberi perhatian termasuk tekanan tayar depan terlalu rendah atau ukurannya tidak sama, kehausan tayar depan tidak sama, kehausan atau kelonggaran sambungan sistem kemudi atau kotak gear stereng bergoyang, penyelarasan jajaran roda depan kurang tepat dan roda depan tidak seimbang.

Jika menghadapi masalah seperti itu pemandu dan penumpang pasti tidak selesa, lebih-lebih lagi jika sedang dalam perjalanan jauh. Untuk itu, punca kerosakan dan getaran perlu diketahui. Apabila memandu kenderaan penumpang atau trak, terutama trak kecil diatas jalan kasar atau rosak, biasanya akan terasa ada goncangan sehingga stereng perlu dipegang dengan kuat. Namun demikian, anda juga dapat merasakan adanya getaran atau goncangan pada stereng dan badan kenderaan walaupun keadaan jalanraya datar dan baik, pada suatu kelajuan antara 70 kilometer sejam (kmj) dan 80km.Keadaan sebegini dinamakan 'shimmy'. Jadi, jika berhadapan dengan keadaan begini mula-mula periksalah tekanan tayar depan, keadaan sistem kemudi atau skru roda depan. Kemudian periksa kehausan tayar depan, sebaik-baiknya masih mempunyai rusuk bunga dengan tebal sekurang-kurangnya 2mm.

Gunakan tayar baru untuk perjalanan keluar bandar. Ada kemungkinan getaran yang berlaku boleh dihilangkan apabila tayar yang sudah haus diganti dengan tayar baru atau setelah tayar kiri-kanan ditukar kedudukannya. Namun demikian, jika getaran masih terasa juga, sebaiknya pemeriksaan dilakukan dengan lebih teliti kerana dibimbangi kerana disebabkan kehausan atau kelonggaran pada sistem rod kemudi dan sistem gantungan depan; atau kerana penyelarasan penjajaran roda depan yang kurang tepat hingga menyebabkan roda tidak seimbang. Untuk memeriksa dan membuat pembaikan bagi masalah berkenaan diperlukan alat dan kemahiran. Roda tayar dilengkapi satu alat pengimbang. Alat itu menunjukkan letak dan besarnya pengimbang yang harus dipasang pada rim roda.

'Shimmy' boleh terjadi apabila roda tidak dikunci dengan baik pada tempatnya, atau rod gandar tidak segaris dengan lubang pada roda. Jadi, banyak faktor yang boleh menyebabkan 'shimmy'; beberapa kesalahan dapat diperbaiki dengan mudah tetapi ada pula yang memerlukan kepakaran tertentu untuk mengatasinya.

 

Tags: #air bateri kereta melimpah #bateri kereta kong #cara penjagaan kereta myvi auto #harga minyak enjin castrol #harga minyak hitam kereta #harga timing belt #minyak hitam shell #penjagaan bateri laptop #penjagaan kereta myvi #penjagaan timing belt #servis kereta proton #tips jaga kereta myvi #Tips Pemanduan dan Penjagaan Kereta #tukar minyak hitam kereta