Trends Warga Kuantan Tayang Stereng Kereta Mewah Ke Mydin – KL Ado?

1706 views

Perang tayang stereng kereta mewah mula viral di Kuantan akibat satu gambar yang diupload hanya untuk menukar barang? Pelik bukan..

Seorang lelaki yang memuat naik gambar resit Mydin berlatarbelakangkan stereng BMW di Facebooknya telah mencetuskan fenomena baru di Kuantan.
 
Status dalam gambar tersebut berbunyi :
 
"Salam, nak tanya warga Kuantan. Kalau tersalah beli barang dekat Mydin, boleh tukar balik tak?"
 
Akibat dari gambar dan status itu, difahamkan warga Kuantan mula "mengganas" memuat naik gambar stereng kereta mewah masing-masing dengan status yang semestinya mempunyai perkataan Mydin. Tindakan warga Kuantan itu dipercayai sebagai aksi "sarcastic" terhadap lelaki itu.
 
Ini antara gambar-gambar yang dimuatnaik oleh warga Kuantan bersama stereng kereta mewah dan status masing-masing.
 

Tags: #Trends Warga Kuantan Tayang Stereng Kereta Mewah