Tun Mahathir Menonton Star Wars Di Sunway Pyramid

450 views
KUALA LUMPUR: Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad di Sunway Pyramid, Bandar Sunway petang tadi mengejutkan ramai pihak.Lebih-lebih lagi apabila bekas Perdana Menteri terus ke pawagam 3D IMAX untuk menonton filem ‘Star Wars: The Force Awakens’.

Menurut sumber, pihak pusat membeli belah itu turut terkejut dengan kehadiran Tun Mahathir kerana mereka tidak menerima sebarang pengumuman tentang ketibaan ahli politik itu.

Difahamkan Tun Mahathir tiba di Sunway Pyramid pada jam 2.45 petang bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah.

Filem berkenaan ditayangkan pada jam 3 petang dan kedua-dua mereka bergegas pulang pada jam 5.30 petang.

Keadaan turut terkawal dan ramai yang mengambil kesempatan untuk bergambar bersama Tun Mahathir.

Netizen Hasan Hasnan turut kongsi gambar detik keemasan itu.

Katanya, adik beradik beliau menonton filem Star Wars bersama Tun Mahathir.

 

Tags: #Tun Mahathir #Tun Mahathir menonton Star Wars di Sunway Pyramid