Tun Mahathir & Petronas Terpisah Jua – Dilucutkan Dari Penasihat Petronas

894 views

Umum ketahui betapa lantangnya kini Tun Mahathir menentang kerajaan. Cuba untuk menjatuhkan kepimpinan Najib yang beliau anggap perlu diubah. Oleh kerana kelantangan beliau kini menjadi punca rating Barisan Nasional semakin menurun dikalangan rakyat marhaen. Walau apa pun pendapat beliau selalunya di buktikan dengan fakta malah disokong pula dengan angkatan kepimpinan yang dipengang beliau semasa menjadi Perdana Mentari Malaysia yang ke-4.

Kabinet hari ini bersetuju menamatkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).
 
Ini kerana kabinet berpendapat, mantan perdana menteri itu tidak lagi mendukung agenda kerajaan dan adalah tidak wajar dia memegang sebarang jawatan berkaitan dengan kerajaan.
 
"Kabinet hari ini telah membincangkan tindakan-tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, khususnya dalam melancarkan Deklarasi Rakyat bersama pemimpin pembangkang pada minggu lepas.
 
"Deklarasi tersebut bertujuan menjatuhkan kerajaan menerusi satu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara," kata kenyataan itu.
 
Sebagai rekod, Mahathir dilantik sebagai penasihat petronas selepas Tun bersara sebagai perdana menteri pada 2003 selain memegang jawatan pengerusi Proton Holdings sejak Jun 2014.
 
Sumber: BERNAMA
Diharap peganti yang memegang jawatan mengantikan beliau nanti dapat lebih memajukan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS

Tags: #blog tun mahathir mohamad #pemikiran tun mahathir mohamad #penasihat petronas mahathir #Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS #tun mahathir mohamad achievement #tun mahathir mohamad biodata #Tun Mahathir petronas