Uqasha Senrose Tidak Tolak Jodoh Dengan Hefny Sahad

156 views

[ad_1]

Baru-baru ini, pengacara dan pelakon Hefny Sahad yang digosipkan bercinta dengan Uqasha Senrose memberikan kenyataan cukup panas dan menggambarkan mereka sememangnya mempunyai hubungan istimewa apabila melihat Uqasha sebagai wanita yang memiliki ciri-ciri untuk dijadikan isteri.

Dalam diam, Uqasha sebenarnya “cair” dengan kata-kata Hefny dan tidak menolak sekiranya mereka ada jodoh bersama.

Walaupun tidak pernah berlakon sama, namun kami kenal sebagai rakan artis sejak 2012. Selepas kenal hati budi, kami mula rapat pada 1 November lalu. Kalau ditakdirkan kami ada jodoh, saya terima. Sebab dia seorang yang baik dan terima saya seadanya walaupun orang bercakap buruk tentang saya. Malah, dia banyak bantu memperbetulkan hidup saya.

Ditanya mengenai status hubungan beliau dengan Hefny, Uqasha bagaimanapun tidak mahu mengulas lebih lanjut kerana sebagai wanita tidak manis untuk beliau terlalu mendedahkan mengenai hubungan mereka berdua.

Kalau dah suka apa yang ditunggu lagi? Kedua-duanya pun dah nampak ketara mengakui mereka dilamun cinta.

Sumber Berita : Kosmo Online

[ad_2]

Tags: #dengan #Gosip Uqasha Senrose #Hefny Sahad Uqasha Senrose #jodoh #senrose #tidak #tolak #uqasha