VAPE Menteri Kesihatan Macam Ada Agenda Tersembunyi Untuk Benteras Penularan VAPE – Armand Azha Abu Hanifah

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Datuk Seri S.Subramaniam seolah-olah mempunyai agenda tersendiri apabila mahu merampas cecair vape yang mempunyai kandungan nikotin melebihi had di dalam setiap botol.Exco Pergerakan Pemuda UMNO Armand Azha Abu Hanifah berkata, Subramaniam juga seperti menerima tekanan daripada syarikat rokok dan tembakau yang mahu Kerajaan terus mengharamkan penggunaan vape di negara ini.

"Saya rasakan kenyataan rasmi yang dikeluarkan Subramanian selaku Menteri Kesihatan hari ini tidak menghormati keputusan Kabinet yang lepas.

"Ibarat ada udang disebalik batu. Apa agenda Subramaniam sehingga hendak merampas vape atas alasan kandungan nikotin di dalam cecair perisa atau adalah dia diberikan tekanan oleh syarikat rokok untuk terus mengharamkan vape tanpa ada sebarang kajian?" katanya kepada Astro AWANI di sinihari ini.

Pada Selasa, Subramaniam memberitahu kementeriannya mempunyai kuasa untuk menyekat penjualan cecair vape di bawah Akta Racun 1952.

Nikotin merupakan racun kumpulan C iaitu bahan yang memerlukan lesen jika mahu dikeluarkan atau dijual.

Sebelum ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu Kabinet memutuskan untuk tidak mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape.

Berkongsi berita itu menerusi laman Facebooknya, Ismail dalam catatannya menulis: "... Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengharamkan penggunaan vape".

Terdahulu, Subramaniam berkata kerajaan akan menimbang untuk mengharamkan penggunaan vape dalam masa terdekat bagi mengelak risiko lebih buruk terhadap kesihatan penggunanya.

Dalam pada itu katanya, Subramaniam seharusnya mencadangkan langkah untuk membuat kawal selia serta membuat kajian terperinci atas cadangan yang diputuskan oleh mesyuarat Kabinet.

"Saya mencadangkan satu sessi pertemuan antara Subramanian dan MOVE (NGO Vape) untuk sesi perbincangan serta pertukaran pendapat dalam isu vape ini untuk mencari titik penyelesaian.

"Sama-sama kita berfikir secara matang dan memikirkan cara penyelesaian dan bukan terus menekan industri vape ini," katanya.

Tags: #Berita terkini malaysia #terkini 24 jam berita #Vape #vape diharamkan #Vaper haram

Comments are closed.

Author: 
    author