Video Bacaan Doa Rayani Air Sebelum Pesawat Berlepas Menjadi Viral Di Laman Sosial

Rayani Air: Video bacaan doa sebelum pesawat berlepas viral di laman sosial

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Rayani Air melakar sejarah dengan memulakan penerbangan sulung mereka dari Kuala Lumpur ke Langkawi pada pagi Ahad lalu.Walaupun terdapat sedikit masalah kelewatan semasa proses daftar masuk penumpang, namun majoriti penumpang tidak menjadikan ia isu sebaliknya meluahkan kata-kata pujian buat syarikat berkenaan.

rayani air

Pematuhan Syariah - Anak-anak kapal RayaniAir diwajibkan berhijab dan berpakaian menutup aurat bagi mereka yang beragama islam dan bagi mereka yang bukan beragama islam diwajibkan berpakaian sopan berserta bacaan doa sebelum memulakan penerbangan. RayaniAir merupakan Syarikat Penerbangan pertama mengikut Syariah Islam di Malaysia.

Di laman sosial, netizen teruja berkongsi video-video bacaan doa naik kenderaan di dalam pesawat, sejurus sebelum ia berlepas.

Syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia .... Rayani Air memulakan penerbangan dengan bacaan doa .... TENKIU

Posted by Hanisya Abdul Hamid on Sunday, December 20, 2015

Tidak dapat dipastikan sama ada doa tersebut dibaca oleh anak kapal atau rakaman, namun langkah tersebut disifatkan sebagai pembaharuan yang sangat dipuji.

Terdapat beberapa syarikat penerbangan ada mengamalkan bacaan doa sebelum berlepas seperti Brunei Airlines, namun Rayani Air merupakan syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia yang mewajibkan semua pramugari Islam bertudung.

Selain itu, syarikat tersebut hanya menghidangkan makanan dan minuman halal di dalam pesawat.

Alamilah pengalaman baru bersama kami #RayaniAir serta pelbagai hadiah menarik menanti anda!

Posted by RayaniAir on Saturday, November 28, 2015

Tags: #bacaan doa Rayani Air #penerbangan sulung Rayani Air #Rayani Air #Syarikat Penerbangan pertama mengikut Syariah Islam di Malaysia