Video Dan Gambar Tanah Runtuh Di Serendah Taman Idaman 26 November 2016

296 views
Video dan Gambar Tanah runtuh di Serendah Taman Idaman 26 November 2016

Video dan Gambar Tanah runtuh di Serendah Taman Idaman 26 November 2016

"Saya panggil anak-anak yang berada di gelanggang sepak takraw di sebelah rumah untuk masuk.
"Tidak sampai seminit, tanah di belakang rumah runtuh, pokok bergoyang dan kereta berpusing," kata Normah Ninggal, 48 ketika ditemui Harian Metro, hari ini.
Pasukan Bomba dan Penyelamat Selangor dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) masih meneruskan pemantauan susulan kejadian tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah di sini awal pagi tadi.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden kira-kira jam 1 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Sani Harul memaklumkan Astro AWANI, pemantauan dilakukan untuk melihat sama ada masih berlaku pergerakan tanah di kawasan tersebut sejak kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1 pagi tadi.
Seorang penunggang motosikal cedera manakala sebuah gerai dan 10 kenderaan musnah dalam kejadian tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah di Hulu Selangor awal pagi tadi.
Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Fareez, 21, dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan.

Video dan Gambar Tanah runtuh di Serendah Taman Idaman 26 November 2016

Video dan Gambar Tanah runtuh di Serendah Taman Idaman 26 November 2016

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul ketika dihubungi Bernama berkata dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, kenderaan yang diletakkan di tepi jalan dan sebuah gerai makan di kawasan itu jatuh ke lereng bukit berdekatan.

Beliau berkata seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian s pada pukul 1 pagi.
"Kita sedang membuat pemeriksaan sekiranya terdapat lagi mangsa yang terperangkap, usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan," katanya.
Dilaporkan sekurang-kurangnya enam kereta, dua motosikal dan sebuah van milik penduduk taman itu turut tertimbus dalam runtuhan.
Runtuhan sepanjang hampir 100 meter dari kawasan rumah teres sehingga ke bekas lombong itu turut meranapkan tujuh unit kedai.
Jalan utama Taman Idaman telah ditutup.
- Bernama

Tags: #Gambar Tanah runtuh di Serendah Taman Idaman #Tanah runtuh di Serendah #Video Tanah runtuh di Serendah Taman Idaman