Video Johor Darul Ta’zim (JDT) Menang Bergaya Vs Lao Toyota FC – AFC CUP 2016

Kemengan dengan cukup bergaya, itu yang boleh digambarkan untuk Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menumpaskan lawan mereka dari Laos, Lao Toyota FC dengan 3 berbalas 0. Dalam masa jadual yang amat padat dengan masa rehat yang pendek untuk bermain di dalam Kancah Liga Super, Piala FA dan AFC CUP memang cukup dirasakan sukar bagi Mario Gomez untuk membuat perancangan bersama permain terbaik JDT. Tetapi bermain di Stadium Keramat Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin sudah cukup dengan pemain yang ke-12 (penyokong seramai 16000 orang yang datang memberi lebih tenaga kepada pemain). Terima kasih rakyat Johor.

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan cabaran kempen Piala AFC musim 2016 bagi peringkat kumpulan H dengan berdepan pasukan kelab dari Laos, Lao Toyota FC dalam perlawanan ketiga yang dijadualkan berlangsung pada hari Rabu, 16 Mac 2016 Perlawanan menentang Lao Toyota FC untuk aksi ke 3 peringkat kumpulan H Piala AFC 2016 merupakan misi JDT untuk mencipta kemenangan seterusnya sekali gus dapat mengukuhkan kedudukan pasukan selaku pendahulu kumpulan serta mencerahkan laluan awal untuk mara ke pusingan kedua Dengan prestasi memberangsangkan pasukan JDT setakat ini, sama ada dalam saingan Liga Super, Piala FA dan Piala AFC, sudah tentu skuad kendalian jurulatih Mario Gomez itu mahu meneruskan momentum tersebut dengan memberikan aksi terbaik pada perlawanan ini di hadapan ribuan penyokong skuad Harimau Selatan.

Walaupun permain hari ini agak sukar bagi JDT untuk menjaringkan gol tetapi pada babak masa kedua dengan layangan Kad merah kepada Saito-Takahiro (Lao Toyota FC) memberikan sepakan penalti yang tidak disia-siakan oleh Safiq Rahim. Permainan menjadi seimbang kedua-dua pasukan apabila S. Kunalan (JDT) pula dilayangkan kad merah setelah menerima kad kuning yang kedua. Canturu dijatuhkan di kotak D dan JDT sekali lagi mendapat sepakan penalti dan dijaringkan dengan mudah sekali lagi menerusi Safiq Rahim. Amri Yahya menjaringkan gol yang bergaya pada minit ke 90 dan memastikan JDT menang dengan 3-0.

Berikut keputusan semua perlawanan AFC CUP 2016 pusingan ke-3 kumpulan

AFC CUP round 3 2016

AFC CUP round 3 2016

Kedudukan Mata Terkini Mata KUMPULAN AFC CUP 2016

AFC CUP GROUP STANDING 2016 A-DAFC CUP GROUP STANDING 2016 E-H

Tags: #AFC CUP 2016 #JDT vs Lao Toyota FC live #Johor DT AFC cup #Kumpulan H Piala AFC 2016 #perlawanan AFC CUP 2016 pusingan ke-3 kumpulan