Video Klip Lagu Anuar Zain Andainya Takdir Buat Anda Menangis

853 views

 

Anuar Zain - Andainya Takdir- AnuarZainVEVO

Anuar Zain - Andainya Takdir- AnuarZainVEVO

 

Buat yang merindui #AnuarZain, kini boleh menonton MUZIK Video terbaru beliau "Andainya Takdir" yang telah mula dipertontonkan sejak 22 September 2016.

Video Klip terbaru Anuar Zain "Andainya Takdir" akan membuat anda bermain dengan emosi dan bisa menitiskan air mata...pasti.

Tonton Video Klip terbaru Anuar Zain "Andainya Takdir"

[embedyt] http://www.youtube.com/watch?v=TXTPjmK95h4[/embedyt]
Klip video tersebut turut menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Sharifah Sakinah dan Puteri Balqis.

Ketika majlis pelancaran album kelima berjudul Anuar Zain baru-baru ini juga, klip video tersebut pertama kali dipertontonkan kepada rakan-rakan media dan blogger termasuk rakan-rakan rapat serta penaja.

Anuar atau nama sebenarnya, Shahrul Anuar Zain, 46, berkata, klip video tersebut mengambil masa empat hari untuk disiapkan.

“Saya ‘enjoy’ sepanjang penggambaran klip video bersama Sharifah Sakinah dan Puteri Balqis kerana mereka banyak membantu saya merealisasikan watak.

“Saya sendiri tidak sangka pelakon hebat dan ternama seperi mereka sudi untuk menjayakan muzik video Andainya Takdir,” katanya kepada Astro Gempak.

Bagaimanapun Anuar mengaku tidak akan kembali ke bidang lakonan walaupun pernah berlakon dalam filem Bintang Hati arahan Aziz M.Osman, 12 tahun lalu.

“Saya mahu fokus menyanyi. Saya rasa saya bukan pelakon kerana ketika menjalani penggambaran Andainya Takdir pun saya dah terbawa-bawa watak emosi dalam muzik video tersebut.

“Dua-tiga hari juga saya emosi dek penangan Andainya Takdir. Bayangkanlah kalau saya berlakon drama atau filem,” ujarnya ketawa.

Anuar ditemui pada majlis pelancaran album baharunya itu di Hotel Le Meridien, pada Isnin.

Bercakap mengenai album terbarunya, Anuar berkata dia cukup bertuah apabila dibantu dengan beberapa tajaan daripada syarikat korporat termasuk Wonder Glow, Mydin, Skin Glow, ERM dan Cuisine Inspire.

Menurut Anuar, album kelimanya menelan belanja termahal yang pernah dihasilkan iaitu mencecah ratusan ribu ringgit.

“Kos tersebut melibatkan proses pembikinan lagu, termasuk penghasilan kulit album yang eksklusif dan boleh dikatakan ini adalah album termahal saya.

"Antara kos terbesar ialah dari pembikinan lagu itu dibuat secara teliti dan sesi fotografi menggunakan helikopter bagi mendapatkan gambar eksklusif untuk kulit album ini," ujarnya.

Album tersebut memuatkan lapan buah lagu iaitu Kembali, Andainya Takdir, Cinta Takkan Berakhir, Karena Aku Cinta, Belahan Hati, Hujan, Kembali Padamu Ilahi dan Selamat Malam.

Para peminat boleh mendapatkan album terbaru Anuar dijangka dipasarkan awal bulan depan di gedung Mydin seluruh Malaysia selain melalui talian di www.lazada.com.

Tempahan awal bagi album Anuar Zain boleh dibuat menerusi Lazada bermula 23 sehingga 30 September dan 100 yang terawal akan mendapat tanda tangan ekslusif Anuar sendiri.

Berita dari http://www.astroawani.com/

Incoming search terms:

  • videoklip annuar zain andainya takdir

Tags: #Andainya Takdir Anuar Zain #Lirik Andainya Takdir Anuar Zain #muzik video Anuar Zain #Video Klip terbaru Anuar Zain #Youtube Anuar Zain Official

  1. author

    follinique11 months ago

    Amazing! Its truly amazing post, I have got much clear idea on the topic of from
    this article.

Author: 
    author