Video Lee Chong Wei Vs Chen Long Final Games Superseries China Open 2015 Fuzhou.

#Final Games Superseries China Open 2015 Fuzhou.

#Superseries China Open 2015 Fuzhou

Datuk Lee Chong Wei merangkul gelaran juara Terbuka China selepas mengalahkan pilihan utama pertandingan Chen Long pada perlawanan final di Pusat Sukan Olimpik Haixia di Fuzhou, China.

Kejayaan itu menyaksikan bekas pemain nombor satu dunia itu menamatkan kemarau 13 tahun untuk pemain perseorangan lelaki negara merangkul gelaran itu selepas Wong Choong Hann pada 2002.

Chong Wei mula mengorak langkah ke final dengan menundukkan pemain nombor dua dunia, Jan O Jorgensen dari Denmark di peringkat suku akhir diikuti musuh tradisinya Lin Dan dari China, yang juga pemain nombor tiga dunia, di separuh akhir.

Chong Wei mengekalkan momentum kejayaan apabila hanya mengambil masa 50 minit untuk mengecewakan Chen Long, selaku pemain nombor satu dunia dari China, dalam straight set 21-15 dan 21-11.

Pencapaian itu sekali gus melunaskan dendam terhadap Chen Long yang menafikan impian Chong Wei untuk meraih gelaran dunia sulung pada final Kejohanan Dunia di Jakarta, Ogos lepas.

Atas kejayaan itu, Chong Wei, 32, membawa pulang hadiah wang tunai US$52,500 (RM230,474), manakala Chen Long, selaku naib juara, meraih wang tunai US$26,600 (RM115,774).

Tags: #Datuk Lee Chong Wei #Superseries China Open 2015 Fuzhou

  1. author

    food photography1 year ago

    What’s up Dear, are you really visiting this web page on a regular basis, if so then you will absolutely take nice know-how.

Author: 
    author