Video Pentas Miss Universe 2015 Kecoh Tersalah Umum Pemenang

975 views
Video Pentas Miss Universe 2015 Kecoh Tersalah Umum Pemenang!

Pusingan akhir pertandingan 'Miss Universe 2015' menjadi topik hangat di media sosial apabila pengacara majlis, Steve Harvey membuat kesilapan besar ketika mengumumkan nama pemenang pertandingan ratu cantik itu.Steve telah tersilap mengumumkan nama peserta Colombia, Ariadna Guttierez sebagai pemenang Miss Universe 2015, yang mana gelaran itu sepatutnya diberikan kepada peserta Filipina, Pia Alonzo Wurtzbach.

Video Pentas Miss Universe 2015 Kecoh Tersalah Umum Pemenang

Lebih menyedihkan, pengumuman itu diikuti dengan upacara memakaikan mahkota kepada pemenang yang salah itu.

Namun, Ariadna hanya mampu menikmati detik kegembiraan itu buat sementara waktu sahaja selepas Steve segera tampil memohon maaf sambil memaklumkan kesilapan beliau mengumumkan pemenang.

"Ia adalah kesilapan saya," kata Steve sambil menunjukkan kad pemenang kepada media untuk membuktikan Ratu Filipina merupakan pemenangnya yang sebenar.

Perkara ini nyata mengelirukan serta mengejutkan penonton-penonton yang hadir.

Susulan itu, Hashtag #MissUniverse2015 mula viral di media sosial.

Menerusi hashtag tersebut, rata-rata netizen menyampaikan rasa simpati kepada Ariadna kerana terpaksa berhadapan dengan situasi yang sebegini.

Menurut mereka, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku.

#Miss Universe 2015Apa Perasaan Anda jika terjadi pada diri anda sendiri ???

Who was REALLY crowned #MissUniverse? Wait for it...
See for yourself:

Posted by Kerja Dari Rumah on Sunday, December 20, 2015

Bagaimanapun, Steve kemudian meminta maaf secara terbuka kepada Ratu Cantik Colombia serta semua penonton menerusi laman Twitternya.

Kebanyakan netizen memberi sokongan kepada Steve dengan memahami ia adalah satu kesilapan yang tidak senjagakan.

Ratu cantik Filipina, Pia Alonzo dinobatkan sebagai pemenang Pertandingan Miss Universe 2015, dalam pusingan akhir yang berlangsung sebentar tadi di Planet Hollywood, Las Vegas.

Manakala, tempat kedua pula dimenangi oleh Ratu Cantik Colombia, Ariadna Gutierrez dan tempat ketiga dimenangi oleh Ratu Cantik USA, Olivia Jordan.

Tags: #Ariadna Gutierrez #Hashtag #MissUniverse2015 #Pia Alonzo Wurtzbach Miss Universe 2015 #Ratu Cantik Colombia #Video Pentas Miss Universe 2015 Kecoh Tersalah Umum Pemenang

  1. author

    Carri2 years ago

    As soon as ingested, the charcoal tablet will certainly take in these
    chemicals up until it runs out of ability to do so (Which is a problem for all
    triggered carbon items).

  2. author

    Ezequiel2 years ago

    Another reason why Coco-Bar charcoals are quite preferred is actually because they are odorless The a single thing that could ravage your
    hookah session is getting coals that are producing smoke and so obtaining directly into your hookah.

Author: 
    author