Video Peringatan Kepada Pemandu Terlupa?? Wajib Tonton

405 views

Kereta rosak nyaris Eksiden

HATI-HATI KETIKA MENGURUSKAN KENDERAAN YANG ROSAKPELAJARAN YANG SANGAT BESAR BAGI PEMANDU

Posted by Warga Prihatin on Wednesday, December 2, 2015

Terlalu banyak kes kemalangan yang berlaku akibat dari pemberhentian kenderaan di lebuhraya yang sibuk. Biasanya akibat kerosakan atau kemalangan. Akibatnya kenderaan yang sedang laju tidak dapat mengelak lalu melanggar kenderaan yang dosak.

Beberapa bulan lepas sahabat kami mengalami kemalangan berganda, juga akibat dari pemberhentian kenderaan di lebuhraya kerana ingin menolong mangsa kemalangan. Kemalangan itu meragut 2 nyawa termasuk anaknya sendiri yang telah keluar dari kereta tanpa disedari oleh sibapa.

Semalam berita TV Awani melapurkan beberapa kemalangan, termasuk yang melibatkan kemalangan berganda sehingga ada yang maut dan hampir putus kepala akibat gagal mengawal kenderaan di kawasan jalan yang sedang diperbaiki.

Video pendek ini menampakkan dengan jelas akan fenomena itu. Nasib baik pemandu Myvi itu sempat melompat ke besi railing jalan. Jika beliau masih di belakang keretanya dan bertembung dengan teksi tersebut pastinya keadaan menjadi lebih parah.

Berhati-hatilah selalu apabila menghadapi situasi sebegini. Sentiasa zikirkan segala kemungkinan.
Kredit video : Kongsi Video WARGA PRIHATIN.

Tags: #HATI-HATI KETIKA MENGURUSKAN KENDERAAN YANG ROSAK #kes kemalangan lebuhraya #mangsa kemalangan #myvi terselamat #selamat dari kemalangan