VIDEO PKNS Kecewakan Selangor

82 views

[ad_1]

Pemain PKNS meraikan gol dalam aksi ketiga Liga Super, menyaksikan SHAH ALAM 4 Feb.- PKNS FC akhirnya berjaya menamatkan kemarau kemenangan selepas menewaskan Selangor 5-3 dalam aksi ketiga Liga Super di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Dalam perlawanan tersebut, Red Giants terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah seawal minit pertama menerusi gol pemain sayap kanan, Syahmi Safari namun penyerang sensasi PKNS FC, Patrick Ronaldinho Wleh kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-20.

Lima minit selepas itu, penyerang baharu PKNS FC, Safee Sali pula meletakkan pasukannya di depan apabila menjaring gol pertama buat kelab tersebut, namun Selangor kembali menyamakan kedudukan menerusi Francis Forkey Doe minit ke-28.

[embedded content]
Sebelum berakhir babak pertama, Ronaldinho kembali meletakkan tuan rumah mendahului 3-2 apabila bijak menanduk bola hantaran lintangan pemain sayap kanan, Matias Hadwa pada minit ke-43.

Baharu sahaja dua minit bersambung babak kedua, anak didik E. Elavarasan terus merobek gawang Selangor menerusi gol keempat yang dijaringkan oleh Hadwa namun Forkey Doe kembali merapatkan kedudukan dengan meledakkan gol keduanya peribadinya dalam aksi itu pada minit ke-55.

Bagaimanapun, Ronaldinho melengkapkan kemenangan bergaya PKNS FC apabila menjaringkan gol kelima Red Ants pada minit ke-58 sekali gus mencipta nama sebagai penjaring hatrik pertama dalam saingan liga musim ini.

UTUSAN

Comments

comments

[ad_2]

Tags: #kecewakan #PKNS #Selangor #Video