Video Rakaman CCTV Rompakan Bernilai 1.4 Juta Di Tapah

1703 views

kecurian 1.4juta di RNR tapah

 

Rakam CCTV Rompakan Bernilai 1.4 juta Di Tapah
Posted by Wartawan jalanan on Thursday, December 3, 2015

Polis sedang giat memburu lima suspek yang dipercayai terlibat dalam kes samun pecah kereta yang melibatkan wang bernilai RM1.4 juta.

Dalam kejadian sekitar 9.15 malam Rabu tersebut, kelima-lima suspek tersebut telah bertindak memecahkan kenderaan ejen pembeli emas di kawasan Rehat dan Rawat (R & R) Tapah arah selatan dengan menggunakan tukul besi.

Ketua Polis Daerah Tapah, Som Sak a/l Din Keliaw berkata, kelima-lima suspek yang memakai topeng muka dan helmet juga bertindak mengacukan pistol ke arah dua mangsa yang berada di dalam kenderaan pada masa itu.

Menurut beliau, kejadian berlaku apabila kenderaan mangsa yang dipandu dari Pulau Pinang singgah di R&R Tapah untuk membeli makanan sebelum dihalang oleh dua kenderaan di bahagian depan dan belakang.

"Suspek kemudian bertindak memecahkan cermin sisi dan cermin depan kenderaan mangsa dan mengugut untuk mencederakan mangsa," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Seminar Pencegahan Jenayah di Pengkalan Latihan TUDM di Ipoh pada Khamis.

Som Sak berkata, semua suspek kemudiannya melarikan wang tunai bernilai RM1.4 juta yang diletakkan di dalam dua kotak air minuman di bahagian bonet kereta mangsa.

Menurut beliau, keempat-empat mangsa adalah agen pembeli emas, berumur dalam lingkungan 20an-30an dan sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur setelah selesai urusan pembelian emas.

Katanya, polis telah cuba untuk mengesan kedudukan kenderaan berkenaan dan mendapati nombor pendaftaran kedua-duanya adalah palsu.

Som Sak berkata, pihak polis tidak menolak kemungkinan bahawa kenderaan mangsa telah diekori dari Pulau Pinang dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Dalam kes berasingan, polis masih memburu seorang individu G. Bharathy Vasu, 27 untuk membantu siasatan di mana seorang suspek telah melarikan diri ke kawasan kebun limau sekitar Tambun, Ipoh selepas dipercayai terlibat dalam kes rempuh sekatan jalan raya polis dan melepaskan tembakan pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata, suspek, yang menggunakan kereta jenis Proton Satria NEO merempuh dua sekatan jalan raya dan berbalas tembak dengan anggota polis trafik yang mengejarnya sekitar Jalan Kampar dan Jalan Sultan Azlan Shah.

Dalam kejadian tersebut, seorang anggota trafik bermotosikal berpangkat Lans Koperal cedera bahagian belakang badan kerana terjatuh selepas dihimpit dan dilanggar kenderaan suspek.

Tags: #kawasan Rehat dan Rawat (R & R) Tapah #Video Rakaman CCTV Rompakan Bernilai 1.4 juta Di Tapah

  1. author

    which is the best nerf gun using2 years ago

    I hope until this article can help you get that
    perfect toy in your case child this Christmas, many thanks for reading.
    It is common to discover that they may be too many kids toys in the family bought by parents and relatives,
    however, children often choose one or two toys to play and ignore other toys.
    Nerf blaster guns They are extremely different
    from your common toys which you get to your puppy.

    Now Thelma’s choices are to, keep your toy and say nothing, lie about using
    toy, or give it back. This kind of magnetic construction toy
    uses rods with magnets embedded in the ends and steel
    balls (as a result of small parts this toy is perfect
    for ages 5 or over).

Author: 
    author