Video Siti Nordiana Lagu Putus Terpaksa – Juara Gegar Vaganza Musim Kedua 2015

Siti Nordiana Tepati Ramalan peminat semua setelah menjuarai Gegar Vaganza Musim Kedua 2015.

Menepati ramalan peminat selain menyajikan persembahan yang cukup bertenaga dan memberangsangkan, penyanyi Siti Nordiana berjaya merangkul tempat pertama pada pertandingan Gegar Vaganza 2015 yang diadakan di sekaligus memenangi hadiah wang tunai RM100,000.

juara gegar vaganza

Sebelum ini, melalui portal Astro Gempak, Siti Nordiana menyatakan hasratnya untuk menggunakan wang kemenangan untuk membantu ibu dan bapa serta untuk simpanan anaknya, Ryyan Nakhaei selain akan mengadakan majlis kesyukuran dan mengembangkan lagi peniagaannya kini.

Video Siti Nordiana Lagu Putus Terpaksa - Juara Gegar Vaganza Musim Kedua 2015

Nana - Putus TerpaksaNana - Putus Terpaksa
Video lain http://goo.gl/vzLQsA

Posted by Kepala Bergetar on Sunday, December 13, 2015

Selain membawa pulang wang tunai berserta trofi, Nana juga turut berpeluang meramkam sebuah lagu baharu terbitan Astro berserta pakej percutian ke Madrid, Sepanyol bernilai RM30,000.

Manakala di tempat kedua, disandang oleh penyanyi Farahdhiya yang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50,000, trofi berserta pakej percutian ke Beijing bernilai RM15,000.

Video Siti Nordiana vs Acong - Awak Kat Mana - Juara Gegar Vaganza Musim Kedua 2015

Nana vs Acong - Awak Kat ManaNana vs Acong - Awak Kat Mana

Posted by Tonton Video on Sunday, December 13, 2015

Tempat ketiga pula, disandang oleh Ezad Lazim yang turut membawa pulang wang tunai berjumlah RM 30000, trofi berserta pakej percutian ke Lombok bernilai RM 6000. Berikut merupakan senarai penuh pemenang pertandingan Gegar Vaganza 2015:

Juara: Siti Nordiana
Naib Juara: Farahdhiya
Ketiga: Ezad Lazim
Keempat: Nassier Wahab
Kelima: Acong Sweetchild
Keenam: Haiza

Pentas final yang diadakan di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyaksikan Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim sebagai juri tetap program ini selain diserikan dengan hos penuh jenaka, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Tags: #senarai penuh pemenang pertandingan Gegar Vaganza 2015 #siti Nordiana Juara Gegar Vaganza Musim Kedua 2015 #Siti Nordiana Lagu Putus Terpaksa #Siti Nordiana vs Acong - Awak Kat Mana #Video Siti Nordiana Lagu Putus Terpaksa - Juara Gegar Vaganza Musim Kedua 2015

  1. author

    seo1 year ago

    Can you tell us more about this? I’d like to find out more
    details.

Author: 
    author