Video Viral Buntat Dan Katak Dalam Filem Jibam The Movie Mac 2017

688 views

Buntat akan memegang watak utama dalam Filem Jibam The Movie yang bakal ditayangkan Mac 2017. Bagi sesiap yang pernah membaca novel Jibam mesti faham apa yang diceritakan ini.

Dunia yang bulat, adalah bersegi baginya. Benda yang hodoh menjadi cantik pada pandangan mata. Katak pisang dan binatang kecil adalah teman sepermainannya. Nyanyian untuknya amat pilu mengusik jiwa. Dia di sambut bukan di pesta besar. Sambutan diterima adalah sepak terajang dan penghinaan.

Air mata adalah teman, tetapi tak pernah dimengertikan. Dia terus hidup, terus bermain di dalam dunianya. Jibam terus melangkah, penuh gah, memburai rahsia kematian ayahnya. Namun dia tetap tabah.

Sinopsis Filem Jibam

Sinopsis

Jibam anak yang unik. Sedikit lembap otak dan fikirannya. Namun mewarisi kepandaian bapanya Suman mengubat penyakit. Suman mati terbunuh dalam perut hutan. Dan kematiannya sungguh misteri.

Jibam dimusuhi Tuk Ngah Sudin. Selalu benar Sudin sering memperdajalnya. Dan sesering itulah Jibam dibantai teruk oleh Tok Ngah Sudin.

Jibam juga dibenci Usin Singai. Marahnya Usin Singai memuncak tatkala basikal tuanya dicat biru oleh Jibam. Hinggakan ayam dalam rebannya pun biru dikerjakan Jibam. Usin Singai menetap di atas tanah Tok Ngah Sudin yang sebenarnya dimiliki oleh Suman.

Dan Jibam, anak yang bodoh alang itu, perlahan-lahan membongkar rahsia kematian ayahnya. Ilmu ghaib yang diwarisi dari ayahnya serta khianat dan dendam kesumat Tok Ngah Sudin dan Usin Singai.

Sejak nama Buntat viral melalui drama 7 Hari Mencintaiku, bukan sahaja pemegang watak Buntat tersebut iaitu adik Muhammad Ariff Abdullah; 12, popular malah kedai makan ayahnya juga menjadi perhatian ramai.

Kedai makan ayah Ariff, Mutalib Roti Canai terletak di sebelah TNB Jitra Kedah Medan Selera Kubang Pasu.

Menurut Mutalib atau nama sebenarnya Abdullah Kassim, 52, mengakui semakin ramai yang datang ke kedainya sejak nama Buntat menjadi sebutan.

(Ariff bersama ayahnya)

"Alhamdulilah, mungkin sekarang musim cuti sekolah dan ramai yang bercuti ke Utara, dan kebetulan nama Buntat sedang popular, makin ramailah yang datang singgah ke kedai untuk makan dan sambil itu kalau Ariff ada, mereka selfie sekali.

"Ada juga yang datang sampai ke rumah untuk berjumpa dengan Ariff ni. Macam anak kawan saya, anak dia nak bergambar dengan Buntat, jadi datang la rumah. Alhamdulilahlah, syukur," ujar Mutalib ringkas.

Bercerita mengenai kedai makannya itu, Mutalib memberitahu, dia berniaga roti canai dan yang paling istimewa adalah kuah kari gear box.

"Kalau mai Kedah, kena singgah sini," katanya.

Bagi peminat Ariff, dia bakal muncul dengan filem Jibam yang dijadualkan ditayangkan pada bulan Mac tahun hadapan. Filem ini adalah dari novel Jibam karya kartunis popular Ujang.

Sumber http://www.mediahiburan.my/trending/cari-buntat-hingga-ke-kedai-dan-rumah-1.598548

Tags: #Buntat viral melalui drama 7 Hari Mencintaiku #Filem Jibam The Movie #Sinopsis Filem Jibam