Wenger Beritahu Tempohnya Berkhidmat Semakin Hampir Berakhir – Wright

45 views

[ad_1]

BEKAS pemain terbilang Arsenal, Ian Wright, mendedahkan Arsene Wenger mengakui detiknya sebagai pengurus sudah sampai ke penghujungnya.

Masa depan pengendali berumur 67 tahun itu terus diperkatakan berkaitan kontraknya yang akan berakhir pada hujung musim ini.

Laporan di England mendedahkan Arsenal sudah mempunyai senarai pendek untuk calon pengganti kepada pengurus yang paling lama berkhidmat di Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut, termasuklah pengurus Juventus, Massimiliano Allegri, dan Thomas Tuchel dari Borussia Dortmund.

Wright, yang menjadi sebahagian daripada anggota skuad Arsenal yang memenangi gelaran liga pada 1998 dalam tahun kedua Wenger berkhidmat, berkata bekas bos lamanya itu memberi gambaran bahawa dia tidak akan melanjutkan kontraknya di Stadium Emirates.

“Saya bersamanya malam semalam dan secara jujurnya saya mendapat gambaran, sudah tiba masanya,” katanya kepada BBC Five Live Sport.

“Saya berbual dengannya selama beberapa jam. Kami berborak dan sudah tentu dia tidak mengatakan ‘saya akan pergi penghujung musim ini’. Tapi saya mendapat petanda dengan melihat riak wajahnya.

“Dia ada mengatakan masanya sudah hampir tiba. Saya tidak pernah mendengar dia bercakap seperti itu.”

Bekas penyerang England itu turut mendedahkan, Wenger cukup lesu, di sebalik kelihatan cergas dan bertenaga.

Wright menganggap pemain yang harus dipersalahkan di atas kegagalan Arsenal memenangi EPL.

“Mereka (penyokong) perlu melihat semula kepada pemain.

“Dengan pasukan yang dibinanya dalam tempoh lapan, sembilan, 10 tahun kebelakangan ini, mereka sangat menghampakannya.

“Jika dia pergi pada akhir musim ini, dengan kedatangan pengurus baru, rombakan besar akan berlaku ke atas pemain dan kakitangan.

“Mereka perlu menilai semula diri mereka. Dia (Wenger) telah meletakan kepercayaan yang besar terhadap pasukannya dan saya berasa ia disalaherti.”

[ad_2]

Tags: #beritahu #berkhidmat #hampir #semakin #tempohnya #wenger