Ziana Zain Tidak Kisah Bawa Watak Lebih Tua Dari Usia

73 views

[ad_1]

Penyanyi dan pelakon Ziana Zain mengakui tidak kisah untuk membawakan sesebuah watak yang lebih tua daripada usianya kini.

Ziana atau Siti Roziana Zain, 49, berkata, sebagai seorang pelakon, dia lebih mementingkan sesebuah kualiti karya yang dihasilkan berbanding watak yang diberi.

“Saya sebenarnya tidak kisah jika diberikan watak apa sekalipun tetapi apa yang penting adalah jalan ceritanya.

“Ini kerana bagi saya adalah jalan cerita sesebuah karya itu, kalau bagus dan menarik, saya tak kisah.

“Biarlah sekalipun saya harus membawa watak sebagai seorang ibu tua yang lebih tua daripada usia saya kini. 

“Janganlah nak demand kerana kita patut rasa bersyukur dan terima seadanya tawaran yang di berikan,” katanya.

Ziana ditemui pada majlis pelancaran portal beli-belah Section 1 yang diadakan di White Box, Publika, baru-baru ini.

Menurut Ziana, dia lebih selesa untuk berlakon menerusi karya berunsur kekeluargaan berbanding komersial.

[ad_2]

Tags: #bawa #kisah #tidak #watak #zain #ziana