5 Teknik Menjadi Pelabur Yang Berjaya

Posted on

Apa teknik-teknik untuk menjadi pelabur yang berjaya? Sifat pelaburan yang berunsurkan ‘high risk, high return’ membuatkan pengguna berfikir dua kali sebelum menjejakkan kaki ke dunia pelaburan. Pakar Wang kali ini bagi tips bagaimana nak menjadi pelabur yang berjaya, jadi baca sampai habis tau…!

‘Takutlah nanti kalau rugi macam mana?’ Senang cerita, tidak  mudah untuk kita mencapai kejayaan dalam mengusahakan sesuatu perkara begitu juga dengan pelaburan.

Anda berani? Bersedia untuk menempuhi cabaran dalam dunia pelaburan?

Pakar wang kali ini membawakan anda khas tips menjadi pelabur berjaya dengan 5 cara efektif.

KEMAHIRAN DALAM MELABUR

Siapa tidak kenal dengan menjadi pelabur yang berjaya? Beliau adalah lagenda di dalam dunia pelaburan. Beliau seorang yang bijak menguruskan kewangan dan berjaya menempa nama dalam bidang pelaburan dan membuktikan bahawa teorinya berkesan.

Beliau merupakan pelabur terkaya dalam sejarah moden dan sudah pasti tiada istilah ‘piece of cake’ digunakan oleh beliau untuk memancing keuntungan.

Kemahiran menganalisa pasaran saham, turun naik ekonomi, mengetahui kelemahan dan kekurangan setiap instrumen pelaburan merupakan pakej lengkap untuk sentiasa konsisten dalam pelaburan.

Kalau goyang anda hanya goyang kaki, memang tak dapat apa-apa. Lengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan jangan takut untuk mencuba.

Teknik Menjadi Pelabur Berjaya

5 TEKNIK MENJADI PELABUR YANG BERJAYA

TEKNIK 1: BINA MINDA PELABURAN

Tiada ciri-ciri khas untuk anda menjadi seorang pelabur. Setiap daripada anda yang berminat untuk menyertai bidang pelaburan boleh mencuba dan belajar untuk melabur. Tetapi tidak semua daripada anda memiliki minda yang cekap dalam menguruskan pelaburan anda sendiri. Justeru itu, amatlah penting untuk anda mempunyai ‘minda’ pelaburan yang lengkap.

Luangkan masa untuk anda melakukan kajian yang terperinci tentang pasaran saham, memahami turun dan naik ekonomi, jenis-jenis instrumen dalam pelaburan, risiko dalam pelaburan dan sebagainya. Jangan mudah tergopoh-gapah ingin membuat pelaburan.

Bak kata mat saleh, ‘zero knowledge akan menyebabkan anda sentiasa keliru dan gagal membina minda pelaburan.

Ibarat anda ingin berperang di medan perang pastikan anda lengkap dengan semua strategi dan senjata untuk memastikan kemenangan terhadap musuh.

TEKNIK 2: FAHAM APA ITU PELABURAN

Mereka yang tiada pengetahuan dalam pelaburan mempunyai ‘mindset’  atau ‘first impression’ yang pelaburan itu hanyalah satu fenomena ‘hit and run’.  Fenomena ini merupakan proses dimana anda membeli, kemudian menjual pelaburan tersebut dengan harga yang tinggi dalam tempoh jangka masa yang pendek.

Seorang pelabur yang bijak tidak melakukan spekulasi yang boleh memudaratkan keadaan pelaburannya tetapi dia akan menyusun strategi yang konsisten dan membuat keputusan pelaburan yang bijak untuk jangka masa panjang.

Pelabur yang memahami perjalanan pelaburan yang dikehendakinya akan sentiasa menemui jalan kejayaan kerana mereka mempunyai tahap pemahaman yang jelas dan sentiasa merangka pelaburan mereka untuk peroleh keuntungan jangka masa panjang.

TEKNIK 3: TETAPKAN MATLAMAT YANG JELAS

Pastikan anda tahu apa yang anda mahukan daripada pelaburan anda. Sentiasa meletakkan diri anda dalam keadaan yang ingin tahu akan tujuan pelaburan anda.

Sebelum melakukan apa jenis pelaburan sekali pun, pastikan anda belajar asas-asas pelaburan dan setiap instrumen yang anda pilih. Ini membuatkan anda menjadi pelabur yang sentiasa yakin dengan strategi anda dan mempunyai matlamat yang jelas untuk jangka masa panjang.

Tentukan berapa jumlah wang yang ingin anda laburkan dalam setiap instrumen pilihan. Berdasarkan modal anda, lakukan kira-kira untuk mengetahui berapakah keuntungan yang bakal anda peroleh.

Jangan pula anda mengharapkan keuntungan 100% dalam masa singkat itu namanya bidang pelaburan.

Sebaik-baiknya anda melakarkan perjalanan pelaburan anda dahulu. Fahami dan buat analisa tentang pelaburan anda supaya anda sentiasa ‘on track’ dengan matlamat utama anda dalam pelaburan.

TEKNIK 4: MODAL DARI SUMBER YANG KUKUH

Sebelum memulakan sesuatu pelaburan, pastikan anda mendapatkan modal anda daripada sumber yang kukuh. Sebaik-baiknya rancang kewangan anda dan pastikan pelaburan anda tidak akan menjejaskan matlamat kewangan anda yang lain.

Jangan campur adukkan modal pelaburan anda dengan simpanan kewangan yang lain.

Contohnya,

modal kewangan yang disimpan untuk pendidikan anak-anak tidak boleh diusik sama sekali. Pelabur tidak boleh mempunyai mindset ‘alah pinjam sikit dulu nanti dapat untung bayarlah balik’.

Anda perlu tahu, pelaburan bersifat ‘high risk, no return’ dimana risiko kehilangan duit sangat tinggi sekiranya tak berhati-hati.

Jika kerugian sahaja boleh menakutkan anda dan menimbulkan rasa panik, apatah lagi apabila kehilangan modal yang telah anda peruntukkan untuk masa depan keluarga?

TEKNIK 5: BERGURU DENGAN PAKAR DAN PASARAN

Malu bertanya, sesat jalan.

Belajar dan tuntutlah ilmu dengan pakar sebelum menjejakkan kaki ke dalam dunia pelaburan. Cari mereka yang arif dan mempunyai kemahiran yang tinggi untuk membimbing anda. Dunia pelaburan adalah dunia yang mencabar, tanpa ilmu pengetahuan yang penuh di dada, anda berkemungkinan akan sesat dan tenggelam dengan tekanan daripada dunia ini.

Pastikan ilmu yang anda pelajari diaplikasikan dengan cara yang baik dan elakkan membuat keputusan mengikut emosi dalam menentukan apa-apa strategi dalam perancangan pelaburan anda.

Selain daripada itu, belajar dari turun naik pasaran pelaburan anda, kemahiran ini dapat membantu anda untuk membaca kedudukan pasaran yang terbaik untuk pelaburan anda.

Pemerhatian yang konsisten, tidak pernah berputus asa dan sentiasa bersikap sabar akan membuahkan hasil di kemudian hari.

Bak kata pepatah, berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.

Video Perancangan Pelaburan

Teknik Menjadi Pelabur Berjaya

Teknik menjadi pelabur yang berjaya dah terpampang di depan mata. Ambil risiko dan cabar diri anda untuk mendalami dan menjejakkan kaki ke dalam dunia pelaburan.

Belum cuba, belum tahu. Siapa tahu yang anda selama ini mempunyai bakat untuk menjadi pelabur yang berjaya?

Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.